Imbas Kembali Kenangan 2017

Assalamualaikum,

2017 dah pun berlalu. Sebelum buku 2018 diconteng, elok lah diimbas kembali apa yang berlaku di 2017. Tahun 2017, aku sudah menetap di Terengganu iaitu kampung halamanku. Setelah sekian lama merantau negeri orang, akhirnya pulang jua ke kampung halaman.Ok. Jadi apa yang berlaku dalam hidup aku pada tahun 2017????



Januari 2017

Bulan Januari 2017, jadual aku dipenuhi dengan jadual peperiksaan bagi master perakaunan aku. Jadi, masa banyak dihabiskan bersama buku-buku, nota dan slide pensyarah. Nota-nota lama semua diselongkar balik. Paling perit bila dah tahu carry mark setiap subjek. Kenapa perit pulak? Sebab dah tahu awal2 yang aku dapat rendah. Mahunya tak gelabah. Ada yang kena dapat keputusan peperiksaan 100% baru dapat lulus. Ok. Kenapa susah sangat nak dapat lulus? Sebab taraf lulus master adalah B, bukan B- ye. B- dah gagal. 

Dan yeah!!! Dah habis exam, apa lagi. Enjoy lah. Aku dan Classmates aku planning nak dating sebelum semua dah ikut haluan masing2. Jadi kitorang ambil keputusan hangout kat i-city, shah alam. Habis RM50 lebih jugak lah kat i-city. Main bumper car, pirate ship, masuk rumah berhantu dan makan2. Berbaloi ke? aku rasa tak berbaloi langsung. Setiap satu game yang aku main tu sangatlah mahal. Dan memandangkan kena beli kad dy tu, kitorang kena habiskan duit dalam tu, kalu tak rugi je. Sebab kitorang akan balik kampung masing2 lepas ni, memang tak main dahlah icity ni. Tapi paling best adalah masa makan sebab makan ramai2. jadi, seronok lah kan.  Jadi, inilah rakan sekelas aku yang banyak sangat tolong aku untuk habiskan master ni. TQ! ↓

Sebelum aku balik kampung untuk siapkan dissertation/thesis master aku, aku sempatlah ke johor sekejap bersama kesayangan-kesayangan aku. Memandangkan salah seorang rakan batch degree aku dulu kahwin, jadi kami ambil kesempata untuk kumpul ramai2 di perkahwinannya. Seronok juga lah sebab dah lama tak jumpa kawan2 lama. Reunion kecil-kecilan gitu. 



Seterusnya, balik kampung lah. hihihi. Oh, lupa. Selepas exam, belum habis lagi derita nak habiskan master ye. Kena siapkan dissertation/thesis untuk disemak, dihantar dan di publish kan. Tapi hanya yang terpilih je dapat publish kan. Dan aku bukanlah dikalangan yang terpilih. Jadi, jangan mimpi lah nak seronok2 balik kampung. Nak kena siapkan dissertation/thesis aku dulu. 

Februari 2017

Nak dijadikan cerita. Sambil2 aku siapkan dissertation aku, aku sempat lah menyelit minta kerja kastam. Dan berita gembiranya, aku dapat. Tapi berita menyedihkan, aku dapat kat JOHOR. Jauhnya dari Terengganu. Dengan dissertation aku yang belum siap lagi ni, fikir dua kali jugaklah nak pergi kan. Jadi, aku mintak petunjuk dari Yang MAHA ESA. Pada hari yang sepatutnya aku bagi balasan jawapan antara nak terima ke tidak jawatan tu, aku minta petunjuk ALLAH.

"kalau halatujuku bukan di JOHOR tapi di TERENGGANU, bolehkanlah aku dapat kerja lain pada hari ini juga", doaku sungguh2 tika sujud solat sunat isytikarah. Dalam hati aku, aku terdetik jugaklah yang mana mungkin aku akan dapat kerja dalam masa sehari sedangkan aku memang tak mohon apa2 kerja lain selain Kastam. Selepas solat sunat, aku kemas rumah dan bilik aku. Tiba2 terlintas di fikiran aku untuk contact bos tempat kerja lama aku. Aku pun tak tahu datang dari mana ilham nak call tu. Jadi, tanpa berfikir panjang, aku pun whatsapp nombor bos aku tu.

"Salam bos. Saya nak tanya. Ada kerja kosong tak? Saya nak cari kerja sambil buat dissertation master saya ni." Berdebar jugaklah bila hantar mesej tu pada bos aku. Tak lama lepas tu, dia balas whatsapp aku.

"bawak resume dan datang pejabat sekarang", aku terus siap2 berbaju formal, ambil kunci kereta dan bergegas ke bandar kuala terengganu. Dalam sejam lepas tu, aku sampai mengah2 di depan pintu pejabat syarikat AA. Tak sempat kering peluh aku berlari dari tempat parking kereta ke pejabat tu, aku dah dipanggil ke bilik meeting. Bos aku tu pun terangkan lah pasal kerja kosong tu. Rupanya dia baru sahaja nak meeting untuk war-warkan pasal kerja kosong tu. Bos aku cakap, kebetulan aku whatsapp. Jadi tak sempat buat apa2. Bagaikan aku tahu pasal kerja kosong tu. Padahal aku memang tak tahu menahu pasal ada kerja kosong tu. 

Tapi kerja kosong tu di dungun. Jadi, aku tak bekerja di Pejabat Bandar KT, tapi bekerja sebagai penolong akaun di syarikat client. Lagi aku suka sebab tempat kerja tu dari rumah aku cuma setengah jam sahaja. Kalau dari bandar maunya sejam lebih baru sampai. Memang ajaib sangat. Jadi, aku bersyukur sangat kernana sudah diberikan jalan dan dah pun dapat jawapan daripada doa solat sunat isytikarah aku.

Mac, April, Mei 2017

Bermulalah aku kerja di pejabat client di dungun. Masa aku banyak dihabiskan dengan siapkan dissertation, siapkan akaun client dan gembira bersama officemates yang baru. ↓
Jun 2017

Rayalah. Tema tahun ni, kuning. Menyinar dari jauh. hihi. 





Ogos 2017

Akhirnya, bersekang mata beberapa bulan, siap juga dissertation untuk master aku. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang memahami masa aku stress nak siapkan benda ni. Hahaha. 

September, Oktober, November dan Disember 2017

Tak ada cerita yang menarik nak diceritakan memandangkan aku cuma habiskan masa pergi kerja, balik kerja dan pergi kerja lagi, balik kerja. Rutin yang sama setiap hari. Hari minggu pun banyak siapkan kerja2 akaun client yang tergendala. Nak pergi bercuti tu, dalam mimpi jelah kot. Sebab kewangan diri aku tak berapa nak bagus sebab nak kena bayar hutang belajar aku. Master ada mybrain ye, jadi boleh mohon tapi dinasihatkan buat sepenuh masa jangan buat separuh masa macam aku. Sebab kosnya lagi tinggi jadi mybrain tak mampu nak tanggung semua. Terpaksalah aku pinjam dengan bank. Sekarang, tiap2 bulan bayar hutang jelah jawabnya. Bukan setakat tak ada duit nak pergi bercuti, duit untuk kahwin pun tak ada ni.

Comments

Popular Posts