#THROWBACK 2016 PART 3

sambungan #throwback 2016 Part 2

May

Selamat Pengantin Baru my bestfriend, my roomate, my classmate, Maizatul Zulaini. Semoga bahagia dunia akhirat. Jadi, kami geng #rumahkitekite kumpul duit untuk beli hadiah. Hadiah masing2 bawak masa kahwin dia macam dia menang cabutan bertuah. hihihi. masing2 bawak tv, heater, iron, rice cooker, dan macam2 lah barang2 elektrik. Syahdu jugaklah masa dia kahwin. Sebab berkawan dari MRSM sehingga ke uni dan sehingga sekarang masih lagi bersama. Susah dan senang bersama. Seriously, i really really really love geng #rumahkitakite.

You are so precious to us #rumahkitekite

Hold hand together till the end. I LOVE YOU SO MUCH

June

Bulan Ramadhan dah tiba. Penuh appointment sini sana untuk berbuka puasa. hihihi. Macam artis sangat. Tapi saya dengan roomate, indah selalunya berbuka puasa di masjid sahaja. Percuma. Berjimat di bulan puasa. Kalau ikutkan memang tak cukup duit nak berbuka puasa di kedai. Kadang2 satu hari cuma boleh makan biskut dan roti sahaja. Sampaikan saya dan roomate, indah buat lagu. 

"hari-hari makan roti,
hari-hari makan biskut,
sampai muka pun dah jadi,
macam roti dan biskut"

Melodi tu pandai2 lah teka sendiri ye. hihi. Nak dijadikan cerita, classmate ajak berbuka sekali sebelum habis semester. Jadi, kumpul lah duit sebab nak berbuka kat luar. Untuk meraikan habis peperiksaan dan tamat semester, kami berbuka puasa di Captain Steamboat & Grill di Puncak Alam. Harga sangat berbaloi untuk seorang. Dalam RM25 sahaja. Makan sampai puas, tak ada had masa. Ala-ala macam stail Seoul Garden. 

ini lah classmate yang sentiasa dengan saya bila saya susah
July

Tamat semester ke dua master saya DAN SELAMAT HARI RAYA!!!!! lupakan semua dan fokus RAYA. Hari Raya pertama saya demam, tapi masih lagi beraya sakan cuma . Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin. Andai ada tersilap kata, terguris hati, ampun seiklas hati dari saya.

Raya Kedua

Raya Ketiga ronda2 rumah sanak saudara dengan adik beradik
August

Pejam celik pejam celik dah bulan Ogos. Sebelum bermula semester baru di bulan 9, #rumahkitekite bercadang ke Penang melawat geng #rumahkitekite, Yanie yang dah kahwin. Nak ajak berjalan-jalan ke sana sini ada anak dan suami yang perlu dijaga, jadi kami ambil keputusan untuk melawat sambil hilangkan stress. Planning sangat sekejap, plan2 terus pergi. Berangkat dengan sebuah kereta je, bawak avanza Fatihah ramli sebab nak jimat. 

Sepanjang perjalanan, banyak yang kami borak sebab dah lama tak jumpa. Lepas borak, kami menyanyi lah dan akhirnya tinggal driver dengan co-pilot je yang masih jaga, yang lain dah tido letih gelak sakan. Sampai je terus ke hotel check in, Tak lama lepas  tu kami siap2 terus ke rumah yanie, makan nasi ayam yang dia masak. Sedap2. Esokkan hari masa untuk kami berjimba. 

Malam tu sebelum balik hotel, kami sempat singgah pasar malam Batu Ferringghi. Macam2 ada. Tapi kena pandai tengok, sebab ada yang jual mahal, ada yang jual murah

anak buah yang satu (anak yanie). Disayangi geng #rumahkitekite. Sementara tunggu pasemboq mai.

Ambil gambar lepas makan roti bakar telur meleleh Penang. Sedap2, wajib cuba kalau datang penang


tepi pantai batu ferringghi. Tunggu nak tengok sunset katanya.
Kami juga sempat ke 3D art tapi tak dapat nak upload gambar sebab telefon rosak dan hilang semua gambar. huhuhu. #penang #gateaway

September

Semester baru dah bermula. Berjumpa kembali dengan classmate lama. Tapi tak bestnya, Saya diberhentikan kerja sebab syarikat dah tak mahu ambil pekerja separuh masa. Saya terpaksa berhenti dan tanam anggur jelah. Fokus pada pelajaran. Mampu sara hidup dengan simpanan yang ada. Jadi korek lah balik semua simpanan saya. Nak cari kerja payah sebab jarang yang nak ambil separuh masa. Dan selepas tekad fikir, saya pindah rumah sewa, tinggal dengan kak ipar. Sekurang-kurangnya boleh jimat makan dan sewa. Tapi rumah jauh sikit lah dengan universiti dan kawasan rumah tu tak ada tempat yang boleh kerja part time. Jadi, berjimat cermat jelah simpanan yang ada untuk bayar hutang kereta dan minyak kereta.

October

Sebelum terbeban dengan test dan thesis yang mendatang, kami enjoy the moment dan pergi ke gold coast Morib. Best. Sangat2 sesuai untuk yang nak bawak anak2 main air. Ada juga pelbagai permainan sukan air.

Saya masuk percuma sebab dapat tiket free, jadi tak tahu harga berapa. huhu. 

November and December

Tak ada yang menarik sebab fokus lebih kepada siapkan proposal untuk thesis semester depan. 


Jadi, wrap up untuk tahun 2016. Wonderful year with my friends, classmate and roomate. Setiap saat sangat berharga bila bersama dengan yang tersayang. Walaupun saya tak ada disamping anda semua, ingat yang saya akan sentiasa bersama-sama anda bila anda susah dan senang. I LOVE YOU all.  :)

Comments

Popular Posts