#THROWBACK 2016 PART 1

Dah lama tak update blog aku ni. Hampir terlupa yang aku pernah ada blog. Hahaha. Dulu dan kini sudah banyak yang berubah. Kawan-kawan aku pun dah ikut haluan masing-masing. Ada yang dah berkerjaya, ada yang sambung belajar, ada yang sudah berkeluarga dan ada yang masih mencari kerja. Dan aku pula, masih lagi melanjutkan pelajaran aku dalam sarjana perakaunan. Cuma bezanya pada awal permulaan 2016, aku tukar mode study daripada part time belajar kepada full time kerana aku nak cepat-cepat habiskan sarjana aku dan sambung kerja pula. Ok jom recap apa yang aku dah buat sepanjang 2016.

Januari : Diskusi Masa Depan


Awal tahun, aku sempat berjumpa dengan rakan-rakan untuk diskusi tentang masa depan dan hala tuju masing-masing. Pada mulanya, kami hanya ingin jumpa untuk melepaskan rindu. Tetiba menjadi tempat diskusi yang serious. Sambil makan, dapat lah juga lepaskan rindu dan luahkan apa yang terpendam. Best juga bila dapat tolong kawan yang dilema. 




Januari : Fraser Hill & Genting Highland

Cuba cari mana aku? Hahaha. Memang tak akan jumpa lah. Sebab aku yang ambil gambar tu. Sebenarnya percutian 2 hari 1 malam ni tak dirancang awal. Tujuan aku jumpa fatihah (gambar paling kiri) adalah hanya untuk makan2 sahaja pada asalnya. Kebetulan kawan dari johor, mimi (gambar tengah) datang dari johor, jadi kami ingat nak lepak-lepak dan borak-borak sambil makan. Kami bertiga pun ke kolej Ainsyah (gambar paling kanan) untuk jemput dia makan sekali. Tengah siap-siap nak makan, sekali terfikir nak jalan-jalan.

Lepas fikir-fikir, kami pilih untuk ke Fraser Hill. Memandangkan bilik di Fraser Hill sangat lah mahal, jadi kami tempah bilik berdekatan dengan genting highland. Lepas siap kemas, kami sempat shopping beli baju dan makanan untuk bekal. Tanpa buang masa kami terus gerak ke hotel yang kami dah book. Sampai sana, dah waktu malam. Memandangkan malam masih muda dan pilihan kedai yang tak banyak yang menarik di sekitar hotel kami, kami ambil keputusan untuk naik ke genting highland berbekalkan jagung bakar dan ubi bakar. Sampai sahaja genting highland, kabus agak tebal tapi tak setebal dahulu kala, sangat sejuk dan berangin di genting highland.
 Sempat bergambar di tempat parking. Muka sengeh je sebab nak cepat-cepat ambil gambar sebelum masuk mall sebab sejuk sangat. Ingat dah tinggal orang yang lambat kat belakang. Sekali dia berlari dan sempat bergambar. Hihihihi.

Me and the geng di tepi sungai boat bergerak, tapi boat dah tak jalan sebab dah lewat malam

Puas fikir nak makan kat mana, akhirnya KFC menjadi pilihan hati. Punya lah lama kami makan kat KFC tu, sampai tak sedar dah lewat malam. Nak main bowling kononnya tapi semua dah tutup. Jadi kami ambil keputusan untuk balik hotel. Disebabkan angin kuat dan kabus sangat tebal, agak merbahaya juga lah masa kami drive balik hotel. Nasib baik selamat sampai dan kami terus tido dek keletihan. Keesokkan harinya kami terus gerak ke fraser hill. Pelbagai aktiviti sebenarnya yang boleh buat di fraser hill, tapi apakan daya kami tak cukup bajet jadi hanya mampu bergambar sahaja. Walaupun perancangan kami mengejut, tapi sepanjang percutian 2 hari 1 malam, kami sangat-sangat seronok. Jom layan gambar-gambar di fraser hill. 













Februari: Perkahwinan G-RA

Masuk tahun baru, tak sah kalau tak ada kawan-kawan yang nikah kan. Tambah lagi usia makin meningkat. Salah seorang rakan MRSM Kuala Terengganu berkahwin di kelantan dan aku gunakan kesempatan ini juga untuk berjumpa kawan-kawan lama.

 Penat travel, sampai tertido. hihi. tido pun still comel. 
Tengah driving sempat bergambar. Iskh2. hihihi

Februari : Lepak dengan kakak sayang

Sejurus selepas perkahwinan Fazira (G-RA), aku tak terus balik. Aku bermalam di rumah kakak sayang iaitu kak ekmar. Terima kasih pada kak ekmar dan keluarga sebab beri layanan yang terbaik.


Untuk bulan-bulan seterusnya, akan bersambung di entry yang seterusnya. Nak muatkan satu entry je rasa macam banyak sangat. Nanti loya tekak korang baca banyak sangat. huhuhu.. See u in next entry. Hihihi

Comments

Popular Posts