praktikal~~~~ good or bad?

Sebut saja pasal praktikal ni, dah buat aku malas nak fikir. Benda yang pertama buat aku pening kepala adalah pemilihan tempat praktikal. Dalam fikiran aku ni, big 4 of course lah aku tak nak. Orang lain semuanya terkejar-kejar nak dapatkan big 4, tapi bukan pilihan aku. Bukannya apa, malas nak layan benda yang leceh ni. Nak kena interview lah bagai. ooppss pada sesiapa yang tak tahu apa tu big 4, meh nak terangkan. Sebenarnya big 4 tu syarikat audit yang terbesar di Malaysia ni (PwC,Deloitte,KPMG,E&Y). Ha! Kalau nak tahu lebih lanjut, layari laman web ni. (http://en.wikipedia.org/wiki/Big_Four_(audit_firms)

Banyak sebenarnya kelebihan praktikal kat big 4 ni. Antara yang penting ialah duit banyak masyuk, pengalaman & peluang kerja kat situ. Tapi aku ni sedar lah kan diri ni, pointer tak tinggi sangat pun & tak ada transport pun nak gerak. So, end up aku decide nak praktikal kat tempat mantan mpp fakulti aku saja. Dia pun pelawa kerja kat situ. Tapi tetiba je mak aku suruh kerja kat terengganu, senang katanya nak balik. Aku pun fikir dan fikir dan fikir lagi sampai otak pun dah nak pecah..(hiperbola sangat kan, hahahaha) akhirnya aku putuskan untuk try minta syarikat di terengganu dan shah alam. Mungkin ada rezeki.

Tunggu dan tunggu sampai lah habis final exam sem 6, akhirnya dapat pun keputusannya. Aku dapat pelawaan dari 2 buah syarikat. Satu di Shah Alam, satu lagi di Terengganu. Alahai, fikir lagi. Oleh sebab Mak aku nak aku balik kerja kat kampung, so aku amik keputusan untuk praktikal di Terengganu.. huhu. Bubye Shah Alam. Jumpa lagi tahun depan. Hehe.

Lepas siapkan semua dokumen yang diperlukan masa praktikal ni, tetiba pihak Petronas call. Alahai terpaksa lah aku tolak. Sedih tapi apakan daya. Procedure tetap kena ikut. Kena pilih satu syarikat je. DAh tak boleh tukar. Mungkin bukan rezeki aku. Tempat praktikal dah settle. Transport?? Macam mana aku nak pergi ke tempat praktikal kalau aku tak ada transport. Nak tunggang motorsikal, huhu,, aku ni penakut tahap babun kalau bab motorsikal ni. Sebab tu lah tak amik pun lesen motor. Kereta?? Lesen dah ada tapi kereta nya tak ada lah pulak. Nak pinjam kereta ayah. Mak Aih.. minyak pula yang mahal. Botak aku nak tanggung semua tu. 

Jalan penyelesaian yang pertama, tumpang kak sepupu nak pergi kerja. Dia kerja di balai polis. Dekat lah jugak dengan tempat praktikal aku tu. Tapi aku masih tak tahu kat mana sebenarnya syarikat AA tu. Mak ayah aku ajak lah aku pergi tinjau tempat tu. Malu jugak lah sebab kena jumpa staff syarikat AA tu. Tapi kalau tak pergi, nanti tak kenal. So, aku tebalkan muka aku dan ikut saja mak ayah aku cari syarikat AA tu. Siap tanya posmen. Haha. Nak buat macam mana, tak kenal sangat bandar terengganu ni. AKu ni orang kampung je. kih3. 

Cari punya cari, tengah hari dah nak berganjak ke petang. Lepas bersiar di tempat yang sama, akhirnya jumpa pun. Patutlah tak jumpa sebelum ni. Signboard dia punya lah kecik. Macam mana orang nak nampak. Terus saja nampak tanda nama syarikat tu, terus masuk pejabat syarikat. Haha. Dengan penuh segan silunya, aku perkenalkan diri aku sebagai pelajar praktikal di syarikat tu. Kebetulan masa tu, staf di situ pelawa aku duduk rumah sewa sekali dengan beberapa staf di syarikat AA tu. Mulanya aku tak mahu, segan dan kekok sebab perlu berdepan dengan staf di pejabat dan di rumah.

Tapi mak ayah aku terima sebab kata mereka senang nanti aku nak pergi kerja. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. So, aku terpaksa lah terima. Nak tahu macam mana kehidupan aku di rumah sewa?? baca next entry.. Sebab kat sini aku nak cerita perihal praktikal aku saja. 

Hari pertama praktikal di syarikat AA, peh! memang berdebar lah. Tak tergambar macam mana perasaan aku. Dah lah pepagi lagi dah sesat jalan. haha.. Nasib baik ada orang tunjukkan. haha. Kelakar, malu dan takut tak jumpa syarikat tu. Lagipun hari tu pergi dengan kereta, ni jalan kaki memanglah pelik sikit. Nak pergi sekali dengan staf, malu pulak. itulah orang kata, malu bertanya sesat jalan.

Tepat pukul 8.30, sampai juga aku kat syarikat AA ni. Terjumpa lah dengan budak praktikal juga dari UiTM. Tak ada lah budak sangat. Tua daripada aku. so, kira kakak lah. hehe. umur dia 23 tahun. still single, nak try?? haha.. ok then, kami berdua pun tunggu lah penyelia kami. Agak lama jugak kami menunggu. Dalam satu jam jugaklah. Sempatlah berborak lama dengan kak Hdyt. (actually i don't call her kakak in front of her). 

Kami di assign pada orang yang berbeza. Superviser aku, comel je, orang panggil kak Na. Superviser Hdyt pula Kak Sydh. Hari pertama kami berdua tak bawa latop jadi kami tak diberikan kerja sangat melainkan label kan fail audit. Sebab itu saja kerja yang tak perlukan latop. Well, first thing in my mind, oh syarikat ni tak sediakan komputer untuk staff mereka. Can u imagine how small this company is?? 

Hari kedua, hari ketiga dan seterusnya kami perlu audit sebuah syarikat domant (syarikat yang tak beroperasi, tak ada untung, tak ada kos). Jadi tak ada tax, cuma buat audit saja. Memandangkan aku dah start buat kerja, jadi tak ada lah bosan sangat. Tapi aku masih lagi kekok nak bercakap dengan staf di situ. Macam ada dinding yang sangat besar dan tak boleh dirobohkan. Semua staf buat hal masing2 saja. Yang praktikal awal dari aku pun rasa sama macam aku. Dalam hati aku, Aish macam mana lah aku nak praktikal macam ni sampai tahun depan. mati kebosanan lah aku kat sini. 

bersambung.... 
adakah situasi ini akan berlanjutan?? adakah aku dan staf boleh bercakap dengan senang hati?? tapi bagaimana?? kita tunggu dan lihat..

Comments

Salam.. dekat terengganu, budak accounting akan praktikal dkt mana ya?
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
Big 4 bukan setakat besar di Malaysia, ttpi terbesar di dunia dekkk... klu x minat audit xpe, but u can work in de Investment Bank..to gain valuable experience in Acct & Finance.
Big 4 bukan setakat besar di Malaysia, ttpi terbesar di dunia dekkk... klu x minat audit xpe, but u can work in de Investment Bank..to gain valuable experience in Acct & Finance.
Anonymous said…
hai awak,bole tak recommendkan company kat terengganu untuk buat internship, company audit or account,company yg awk crite ni company ape?ke rahsia.. hihi
Anonymous said…
EY ada kat terengganu.. cuba bukak link ni http://www.micpa.com.my/micpanew/explore/firms.asp?q=q=1&country=Malaysia&rc=15&p=5

Popular Posts