Blogger Layouts

12.1.17

#THROWBACK 2016 PART 2

Sambungan #Throwback 2016 Part 1

Mac: Permulaan Sebagai Pelajar Sarjana Perakaunan Sepenuh Masa

Pada mulanya aku risau sebab aku seperti pelajar baru.  Sebab yang pertama, fakulti perakaunan dah berpindah ke tempat baru, dan sebab yang kedua, aku tiada kawan yang sama semester dan sama course dengan aku. Memandangkan sebelum ini aku sempat ambil dua subjek sahaja, aku tinggal lagi 10 subjek dan satu dissertation. Aku juga terpaksa join part 1 sebab subjek yang aku belum ambil adalah subjek untuk part 1 bagi full time student.

Dan pada hari pertama, untuk kelas pertama, aku sesat dan tak tahu mana kelas yang patut aku pergi. Berkebetulan, aku bertembung dengan pelajar baru yang sama-sama sesat dan dia bertanya aku arah untuk ke pejabat. Aku pun tak tahu pejabat kat mana, jadi aku tak dapat membantu sangat. Paling lucu lepas aku jumpa kelas yang patut aku pergi, aku terjumpa balik pelajar yang aku bertembung tadi. Jadi bermulalah persahabatan kami berdua. Kerana adanya dia juga lah, aku tak rasa janggal sangat. Aku dan dia sama-sama duduk di tempat duduk hadapan. Beberapa minit kemudian, muncul lagi seorang pelajar baru yang sama-sama join duduk di hadapan dan kami saling berkenalan. Waktu bahagi2 kumpulan, kami menipu sebab tak mahu berpisah dan ingin bersama dalam satu kumpulan. Hihihi. 

So this is my partner in crime. Abby paling kiri, yang tengah tu fatin dan paling kanan tu aku ler. 



Jadi, semester 1 sesi tahun 2016, aku banyak habiskan masa dengan partner in crime aku. Mostly dengan fatin sebab abby banyak drop subjek. Kehidupan master aku banyak ditolong oleh fatin dan aku bertuah sebab ada kawan macam dia yang selalu tahan je dengan perangai aku yang tak berapa nak betul ni, Setiap kali kelas, aku selalu duduk di hadapan dengan fatin, jadi aku kurang bercakap dengan orang lain. 

Mac : Melawat AEON Shah Alam yang Baru Buka

Wah! AEON Mall dah buka di Shah Alam. Bulan pertama buka, harap jangan terburu buru nak pergi sebab memang ramai yang berpusu pusu nak pergi. Tiap-tiap hari jem. Tapi apakan daya, walaupun ramai orang tapi tak boleh terlepas part paling best bila banyak sale sempena pembukaan. Jadi aku dan kak ekmar ambil keputusan untuk ronda2 juga di AEON mall.

Ni gambar tepi kedai makan sebagai mercu tanda diorang. 
Ada tempat main dinousar untuk budak2. 
sempat bermain dengan replika piano. gaya je lebih tu. padahal tak pandai pun. hihi
ada meja berbincang sebenarnya kat tepi aku tu. tapi sebab ada orang tengah borak kat situ, jadi aku amik gambar kat  tepi je. dan area sini macam gardenlike. cantik dan tenang je kalau bincang kat sini
Sudut salah satu musim. Ni hiasan musim luruh
Kat belakang aku tu tempat hiasan untuk musim sejuk. Sempat amik gambar pokok je sebab ramai yang bergambar kat sini
budak2 dan orang dewasa boleh naik train bergerak tu untuk ronda2.

Memandangkan bulan Mac adalah bulan terakhir kak ekmar tinggal sebilik dengan aku di Shah ALam, Kami banyak luangkan masa bersama sebelum dia berpindah ke Johor kerana dia perlu berkhidmat di Johor sebagai pegawai kastam. 
I miss you so much

April : Maizatul's Bachelorette Party

 Gathering Girlfriends Batch Puncak Perdana 2009 di Pakli Kopitiam

Sesi planning nak ke rumah mai dan borak2 kosong lama tak jumpa

Bersama ex housemate menikmati nan cheese. sedap hingga menjilat jari

Shopping sebelum menamatkan mai menamatkan zaman bujang
melawat fazira untuk menuntut ilmu orang yang dah berpengalaman kahwin. hahaha. Thanks sudi layan dan masakkan untuk kami semua. :)

Bersambung ......

No comments: