Blogger Layouts

16.8.14

And so the new adventure begins...

Cewah! Bukan main mat salleh tajuk entry kali ni. Hihi. Dah lama menyepi. Dah berhabuk blog ni.

Result UiTM dah keluar.. Hoyee.. Debaran menunggu result kali ni berbeza dengan sem2 yang lain memandangkan semester ni merupakan semester terakhir. Harapan untuk result kali ni tak tinggi sangat sebab aku rasa tak perform sangat masa jawab exam. Banyak yang tak boleh jawab daripada yang boleh. Cuma berharap lulus semuanya dan tak perlu repeat paper.



Alhamdulillah. Lega rasa hati bila bukak automatic email yang UiTM hantar. Semua subjek lulus dan akhirnya aku berjaya habiskan ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan. Dah habis belajar ni, mula lah orang sana sini bertanya "tak nak sambung profesional ke?", "Tak nak kerja di big four ke?", "kerja kat mana?", "Bila kahwin?" dan macam-macam soalan lagi..

Bila orang bertanya pasal sambung profesional, jawapan aku mestilah NAK!. Tapi mungkin bukan sekarang. Kenapa? Jawapan aku, NTAH. Kalau orang bertanya pasal kerja, jawapan aku mestilah NAK!. Tapi aku lebih suka bekerja di Terengganu. Walaupun orang kata hujan emas di negeri lain, hujan batu di negeri sendiri hantam sajalah, tapi aku tetap memilih hujan batu. Tak apalah tak boleh kutip emas pun, asalkan dapat kutip kasih sayang. hihihi. Memang ku akui, gaji bekerja di Terengganu lebih rendah dari kerja di tempat lain. Dan kadang-kadang susah nak cari kerja sebab orang yang dah bekerja sukar untuk berhenti kerja kerana mereka sudah selesa dengan tempat kerja tersebut.

Bila orang persoalkan pasal kahwin, jawapannya aku TAK TAHU!. Jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Jadi aku serahkan pada Yang Maha ESA. DIA lebih mengetahui. Bila mana aku dah bersedia, pasti jodoh ku akan datang.

Bila keluar sahaja result ku "complete", bermakna perjalanan dan pengembaraan baru bermula. Mana yang pilih untuk sambung belajar perlu tempuhi pembelajaran yang lebih susah. Mana yang pilih untuk kerja perlu tempuhi dunia pekerjaan yang penuh cabaran. Dan yang pilih kedua-duanya (kerja dan sambung belajar) pastinya lebih mencabar minda dan fizikal. Dengan ini, aku memulakan pengembaraan baru ku ini dengan bismillah..

p/s: Fikir masa depan anda sekarang sebelum terlambat. Pilihan di tangan anda, pilihlah yang betul2. :)

No comments: