Blogger Layouts

19.6.14

wishlist 2014

hmm.. biasanya orang buat wishlist awal tahun, tapi sekarang baru nak buat wishlist. hihi.

so, apa wishlist aku tahun ni??

1. graduate tahun ni..
    Harap aku dapat graduate tahun ni tanpa ada kertas yang gagal. Dan harapnya dapat grad dengan first class, tapi macam harapan tinggal harapan je sebab cgpa skrg pun tak lepas 3.20 keatas. hmm. Kalau lah dapat 4.00 flat kan sem last ni. hahahahahaha.. :'(



2. Kerja
   Lepas habis belajar, of course lah nak cari kerja. Harap dapat kerja as soon as possible sbb aku tengah pening fikir mana nak cekau duit tuk belanja kehidupan seharian aku ni. sekarang senanglah, Mara tanggung. Nanti nk cekau duit dari mana? So harap dapat kerja. Kalau gaji tinggi, kira advantage lah kan. Kalau dapat kat Terengganu, dengan gaji tinggi, lagi i suka. hehe

3. Fon baru... Yang biasa2 je. Lenovo basic pun jadilah.
    Memandangkan fon BB ni asyik buat hal je. geram je rasa. rasa macam nak beli fon baru ganti Blackberry ni. Tapi sayang lah kat BB ni. Dah bersama aku lebih dua tahun. Start dari akhir diploma sampai lah nak habis degree BB berbakti. Agak2 kalau aku nak tolak fon ak kat kedai, laku tak?? hahaha..

4. Kereta..
   Yang ni sebab senang aku nak gi kerja, ulang alik balik kampung. Malas nak nyusahkan orang. Jadi baik ada transport sendiri. Kereta Viva pun jadilah. Tak nak beli yang mahal2 sgt pun. Kalau ada kereta Second yang elok, pun boleh.. Untuk guna buat sementara waktu.

5. Latop.
    Latop Compaq dah rosak teruk. Tak leh guna dah. Sebab dalam dia memang rosak. Haritu ganti hard disk dah makan byak duit tapi masih lagi rosak. pergi kedai, orang tu cakap, dah tak leh baiki ni. Kalau format pun, nanti akan kena format banyak kali. Tak tahu lah apa masalahnya. End up aku guna HP (latop khas untuk rumah). Mula2 untuk kegunaan rumah aku, kot lah sape2 balik umah, nak guna latop. Tak pun mak ayah aku nak guna ke, tapi end up aku terpaksa ambil balik. huhu..

HP yg kecik tu. Kelajuan pun 1gb Ram je. huhu.. Ini pun dh tak berapa nak sihat. Hang selalu. Kerja yang boleh siap 5 minit, hampir 20 minit bru boleh siap duk tunggu loading lama sgt. Nak buat macam mana. Hampir 4 tahun aku guna. Bukan guna untuk assignment je malah edit gambar dan buat video yang berat tu. Memang sakitlah Mr. Lappy aku ni. So, harap kalau ada duit lebih nak beli latop baru. Kalau tak ada duit lebih, tak pelah. Pakai lah mana yang ada ni je.

7.  jumpa si dia
    Ramai kawan-kawan aku yang dah ada pakwe, dah bertunang, dah berkahwin dan dah ada anak. huhu. aku? masih lagi single. Sebenarnya aku tak kesah sgt psl jodoh ni. Kalau ada, ada lah. Datanglah nanti. Tapi bila balik rumah je, mak ayah asyik tany bila nak kahwin? Tak cari pakwe ke? huhu. So, keputusan aku? Masih menanti. Bukan tak berusaha untuk mencari tapi ntah.. Malas nak cari. and aku tak pandai nak cari. hahahaha.

Tu dia wishlist aku untuk tahun ni. Tapi untuk tunaikan wishlist ni kena lah ada usaha kan. Baru dapat. Tapi kalau ada yang nak sponsor lagi bagus..  so kepada sesape yang hutang ngan saya tu, bayar lah ye. Kalau tak sy claim dgn pasangan anda. Terimas..

No comments: