Blogger Layouts

8.5.14

sambungan Praktikal~~ good or bad??

Ha! Sebenarnya dah lama nk sambung entri Praktikal ~~ good or bad?? Kalau dalam entri tersebut, aku asyik kutuk je, cakap benda yang tak elok je. Tapi memang betul pun. Memang pada awalnya, aku ingat aku akan mati kebosanan sampai habis praktikal. Tapi lama kelamaan aku berada dan bekerja di AA, aku dapat biasakan diri dengan staf dan suasana kerja di AA.

Mungkin sebab sikap aku yang bodoh sombong, aku tak bergaul dengan staff AA. Bulan pertama agak kritikal untuk aku. Bukan setakat aku tak rapat dengan staf di AA malah dengan tak rapat dengan teman serumah sewa aku. Aku sememangnya lebih suka bersendirian. Aku tak berapa suka bergaul dengan orang sebenarnya. Mungkin di luar nampak aku kenal ramai orang tapi sebenarnya aku tak rapat pun dengan mereka. Hanya kenal muka saja. Sikap sombong, berlagak bagus, meninggi diri membuat kan aku lupa diri siapa diri aku sebenarnya. Memang aku akui aku punya sikap yang tak disukai ramai. Bukan setakat itu, aku juga panas baran, suka fikir negatif, suka judge orang, pentingkan diri sendiri.

Tapi selepas aku praktikal di AA, dan tinggal di rumah sewa Per**** Ha*****, aku dapat rasakan yang perubahan yang sangat ketara dalam diri aku. Aku fikirkan perasaan orang lain, fikirkan kesusahan orang lain terlebih dahulu, lebih menghargai famili aku, menghargai kawan di sisi aku, malah hormat orang lain. Aku belajar dari bawah dan kerana itu aku hargai teman serumah aku dan staf AA. Mereka sendiri melihat perubahan yang ketara. Pada mulanya, sombong, tak bertegur sapa dengan orang, tapi selepas sebulan berada di situ aku sudah mula berubah. kerana apa? apa yang trigger aku untuk berubah? 

Sebenarnya aku dan kawan aku melakukan beberapa kesalahan ketika kami buat audit luar. Kesalahan itu menyebabkan kerja-kerja senior ketika itu tergendala dan terpaksa balik ofis. Aku of course kena marah dengan supervisor aku. Aku ingat lagi ayat dia. "lain kali kalu tak tahu, tanya! jangan senyap je. Kalau senyap menyenangkan orang tak apa lah jugak, ni menyusahkan orang lagi lah."

Peh, sentap. Sangat sentap bila aku dengar ayat dia. Dengan sendiri nya terbit rasa tak puas hati, tapi dalam masa yang sama aku berasa bersalah atas kesalahan yang aku lakukan. Selepas kejadian tersebut, aku cuba tingkatkan prestasi kerja aku dan bertanya kalau aku ragu-ragu atau tak tahu. Untuk membuatkan sv aku sukakan aku semula, aku berusaha untuk buat apa yang dia suka, tolong apa yang patut, rapat dengan staf lain. Mulanya aku buat bukan atas dasar keikhlasan tapi atas dasar markah dan rasa bersalah. Tapi lama kelamaan, aku terbiasa dan mula terbit keikhlasan dalam hati aku. Jadi, kerja menjadi satu keseronokan bagi aku. 

Memandangkan ada staf AA juga teman serumah aku, jadi dengan sendirinya aku baik dengan teman serumah aku. Sungguh aku tak percaya aku boleh berubah sebegini. Dan aku juga dapat kakak angkat. Haha. Kelakar. Tapi dia banyak mengajar aku. Bukan saja dari percakapan malah kadang-kadang sikap dan kelakuan dia mengajar aku dalam diam. Baik orangnya, berfikiran positif, lebih utamakan keluarga berbanding yang lain. Walaupun kadang-kadang cuti hanya sehari tapi kalau keluarga dia perlukan dia, dia sanggup pulang Kelantan. Selalu bagitau aku, kalau pulang, tengok muka keluarga, tolong keluarga dapat pahala.

Mungkin orang lain tak akan percaya dan mungkin yang tak sedar aku dah berubah, tapi aku dapat rasa aku berubah secara luar dan dalam. Kalau dulu, aku lebih berpura-pura tapi sekarang aku lebih ikhlas dan mula berfikir positif dan aku akan berusaha untuk perbaiki diri aku. :) 

TERIMA KASIH PADA SEMUA. PRAKTIKAL MEMANG BEST!!!!

No comments: