Blogger Layouts

8.5.14

Kenangan

Hahahaha. Tergelak bila aku baca balik semua draft blog aku. Banyak rupanya entri yang aku tulis tapi tak ter post. haha. Ada jugak yang dah post tapi dibuat draft balik sebab berkaitan dengan someone. Bila aku baca balik, aku tersenyum sendiri. Macam-macam rupanya yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira juga sedih. Yang pasti, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..


Diploma banyak memberi kenangan manis dan pahit dalam hidupku. Bila aku stalk dan intai-intai berita tentang orang-orang yang beri impak dalam hidup aku, semua dah happy dengan pasangan masing-masing. Aku tumpang gembira bila semua dah gembira. At least they meet someone better than me. Kalau mereka tak dapat nak menerima aku sebagai kawan mereka semula, aku redha. Kalau boleh aku nak mereka semua maafkan kesalahan aku.. Itu saja. Aku tak minta lebih. Lagipun kalau aku baik dengan mereka, pastinya pasangan mereka akan marah. Dan sudah pasti mereka sendiri membenci aku. Aku tak kesah. Sebab aku sedar, aku banyak lukakan hati mereka.

Kini, aku boleh senyum bila mengenangkan peristiwa lama.

TERIMA KASIH PADA YANG TELAH MENCERIAKAN HIDUPKU SELAMA INI.


DAN MAAFKAN LAH HAMBA ALLAH YANG PUNYA BANYAK KELEMAHAN INI.


No comments: