Blogger Layouts

16.8.14

And so the new adventure begins...

Cewah! Bukan main mat salleh tajuk entry kali ni. Hihi. Dah lama menyepi. Dah berhabuk blog ni.

Result UiTM dah keluar.. Hoyee.. Debaran menunggu result kali ni berbeza dengan sem2 yang lain memandangkan semester ni merupakan semester terakhir. Harapan untuk result kali ni tak tinggi sangat sebab aku rasa tak perform sangat masa jawab exam. Banyak yang tak boleh jawab daripada yang boleh. Cuma berharap lulus semuanya dan tak perlu repeat paper.

22.6.14

Mini Reunion Fast Trackers Diploma

Ada yang dah lama tak jumpa, ada yang sentiasa berada di sisi, dan ada yang terserempak tapi tak sempat nak tegur. Jadi, mini reunion fast trackers diploma diadakan khas untuk kami enjoy2 and have fun together. I love u oollss. Muah Muah Muah.. Hope u guys still keep in touch after grad and all the best for ur future. Siapa2 kahwin, jangan lupa jemput. Thanks for coming. Maaf dari saya kalau rumah kami serba kekurangan. dan terimas pada sesiapa yang menyumbang. Kerana anda semua, potluck ni berhasil.

Rumahkitekite sedang sibuk memasak.... 


Sedapnya buah-buah ni.. segar dari ladang.. hahahaha

Sebahagian makanan dah dihidang. bihun goreng, dadih, cocktail, ayam kfc


19.6.14

wishlist 2014

hmm.. biasanya orang buat wishlist awal tahun, tapi sekarang baru nak buat wishlist. hihi.

so, apa wishlist aku tahun ni??

1. graduate tahun ni..
    Harap aku dapat graduate tahun ni tanpa ada kertas yang gagal. Dan harapnya dapat grad dengan first class, tapi macam harapan tinggal harapan je sebab cgpa skrg pun tak lepas 3.20 keatas. hmm. Kalau lah dapat 4.00 flat kan sem last ni. hahahahahaha.. :'(

8.5.14

Kenangan

Hahahaha. Tergelak bila aku baca balik semua draft blog aku. Banyak rupanya entri yang aku tulis tapi tak ter post. haha. Ada jugak yang dah post tapi dibuat draft balik sebab berkaitan dengan someone. Bila aku baca balik, aku tersenyum sendiri. Macam-macam rupanya yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira juga sedih. Yang pasti, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..

sambungan Praktikal~~ good or bad??

Ha! Sebenarnya dah lama nk sambung entri Praktikal ~~ good or bad?? Kalau dalam entri tersebut, aku asyik kutuk je, cakap benda yang tak elok je. Tapi memang betul pun. Memang pada awalnya, aku ingat aku akan mati kebosanan sampai habis praktikal. Tapi lama kelamaan aku berada dan bekerja di AA, aku dapat biasakan diri dengan staf dan suasana kerja di AA.

Mungkin sebab sikap aku yang bodoh sombong, aku tak bergaul dengan staff AA. Bulan pertama agak kritikal untuk aku. Bukan setakat aku tak rapat dengan staf di AA malah dengan tak rapat dengan teman serumah sewa aku. Aku sememangnya lebih suka bersendirian. Aku tak berapa suka bergaul dengan orang sebenarnya. Mungkin di luar nampak aku kenal ramai orang tapi sebenarnya aku tak rapat pun dengan mereka. Hanya kenal muka saja. Sikap sombong, berlagak bagus, meninggi diri membuat kan aku lupa diri siapa diri aku sebenarnya. Memang aku akui aku punya sikap yang tak disukai ramai. Bukan setakat itu, aku juga panas baran, suka fikir negatif, suka judge orang, pentingkan diri sendiri.