Blogger Layouts

14.8.13

praktikal~~~~ good or bad?

Sebut saja pasal praktikal ni, dah buat aku malas nak fikir. Benda yang pertama buat aku pening kepala adalah pemilihan tempat praktikal. Dalam fikiran aku ni, big 4 of course lah aku tak nak. Orang lain semuanya terkejar-kejar nak dapatkan big 4, tapi bukan pilihan aku. Bukannya apa, malas nak layan benda yang leceh ni. Nak kena interview lah bagai. ooppss pada sesiapa yang tak tahu apa tu big 4, meh nak terangkan. Sebenarnya big 4 tu syarikat audit yang terbesar di Malaysia ni (PwC,Deloitte,KPMG,E&Y). Ha! Kalau nak tahu lebih lanjut, layari laman web ni. (http://en.wikipedia.org/wiki/Big_Four_(audit_firms)

Banyak sebenarnya kelebihan praktikal kat big 4 ni. Antara yang penting ialah duit banyak masyuk, pengalaman & peluang kerja kat situ. Tapi aku ni sedar lah kan diri ni, pointer tak tinggi sangat pun & tak ada transport pun nak gerak. So, end up aku decide nak praktikal kat tempat mantan mpp fakulti aku saja. Dia pun pelawa kerja kat situ. Tapi tetiba je mak aku suruh kerja kat terengganu, senang katanya nak balik. Aku pun fikir dan fikir dan fikir lagi sampai otak pun dah nak pecah..(hiperbola sangat kan, hahahaha) akhirnya aku putuskan untuk try minta syarikat di terengganu dan shah alam. Mungkin ada rezeki.