Blogger Layouts

1.2.13

mencari Jodoh

Dah berhabuk dah blog ni. Dah lama sangat tak update. Kesibukan yang melanda sebagai pelajar universiti juga menjadi sekretariat membuatkan sukar bagiku untuk mencari ruang untuk update entri yang baru.

Mencari jodoh bukanlah perkara yang sukar juga bukan perkara yang mudah. Bagi sesetangah orang, jodohnya hanya ada depan mata saja. Sedangkan aku ini begitu sukar untuk mencari seseorang yang melekat di hatiku ini. Entahlah. Orang kata, 'bila tiba masanya nanti, muncullah jodoh kita.' Tapi macam mana pula dengan 'kalau kita tak cari, macam mana nak jumpa jodoh kita'. Aku jadi buntu seketika.

Kenapa tetiba saja aku bercerita tentang jodoh ni? Terus terang aku cakap yang aku kesunyian bila melihat kawan-kawan aku yang dah ada kekasih hati, bertunang, ada yang dah menikah, malah ada yang dah menimang cahaya mata. Bagaimana pula dengan aku? Special friend pun tak ada lagi. -.-"


"Masih tak ada yang berkenan di hati ke?", soalan cepumas keluar dari mulut ibuku.
"Bukan tak ada. Ada tapi bukan orang Terengganu lah."
"Mak tak nak orang jauh-jauh. Orang Terengganu cukuplah. Senang nanti nak balik kampung sama-sama."
"Tu yang susah tu mak. Adik jumpa semuanya bukan Terengganu."
"Carilah. Kalau tak cari, macam mana nak jumpa yang berkenan? Sekarang kan zaman IT. Cari jer guna internet. Abang Ngah tu pun cari guna Facebook juga."
"Haha. Habis tu, takkan lah orang perempuan nak start dulu?"
"Alah, zaman sekarang dah berubah. Apa salahnya kalau perempuan start dulu. Cubalah cari kat Facebook tu. Kalau suka, add. Berkawan dulu. Tengok berkenan ke tidak. Kahwin ni bukan untuk sehari dua. Kenal hati budi dia dulu. Berkawan lah setahun dua, baru nikah. Cari awal-awal. Nanti senang, dah ada calon nak kahwin. Tak payah susah-susah cari.
"Yelah mak. Nanti adik try." Itu saja yang mampu aku kata.

Umur dah meningkat tapi masih membujang. Bukannya tak mencari, tapi itulah. Seperti yang aku katakan pada ibuku, jumpa yang berkenan tapi bukan dari negeri Terengganu. Terpaksa lah reject awal-awal. Nak cari jodoh pun kenalah dapat restu dari famili jugak. Jadi, nak tak nak, terpaksa lah aku ikut kehendak mereka. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Tak cemburu melihat pasangan yang lain?? Tipu lah kalau aku kata yang aku tak cemburu. Takkanlah aku tak berhasrat nak berpasangan. Setiap orang pasti ada hasrat sedemikian. Bezanya cuma adakah pasangan kita tu adalah jodoh kita atau tak. Sayang macam mana pun kita pada seseorang tu, kalau dah bukan jodoh, berpisah juga. Benci macam mana pun kita kat seseorang tu, kalau dah tertulis itu jodoh kita, nanti kahwin juga.

Bagi aku pula. Pengalaman yang lalu mengajar aku sedikit sebanyak erti hidup berpasangan ni. Sebab itu, aku putuskan bahawa aku hanya akan bagi peluang pada lelaki yang bakal jadi suamiku saja. Yang memang betul-betul confirm dia akan jadi suamiku. Maknanya hanya selepas keluarga aku approve dia, baru aku akan buka hatiku ni untuk dia. Selagi tak dapat kata putus, aku tak akan bagi peluang.

Jadi sekarang aku sedang mencuba, mencari dan terus mencari siapakah lelaki yang bertuah itu. Walaupun bukan salah satu sifat aku untuk mencari lelaki dulu, tapi sekarang aku terpaksa rendahkan egoku demi masa depan aku. Kalau nak tunggu saja, pasti aku jumpa yang bukan pilihan keluarga aku. Dah banyak kali dah aku kecewa, dan kali ni aku tak mahu kecewa lagi.

~~) Doakan aku ye. Moga moga aku jumpa calon yang sesuai. hehe. :)

No comments: