Blogger Layouts

4.2.13

Crazy Love

Kadang-kadang aku tertanya-tanya. Bila agaknya jodohku tiba?? Aku dah tak mahu tersalah suka. Tak mahu menyakiti lagi. Lagu 'crazy love by Kim Chui' ni aku ditujukan pada yang telah aku sakiti dan percayalah bahawa perasaan aku ikhlas cuma aku perlu korbankan perasaan tu untuk ibu bapa aku.. Aku tahu ada yang membenciku kerana aku sakitinya. Maaf. Itu saja perkataan yang dapat aku ungkapkan.

Percayalah aku tak pernah tipu perasaan aku. If i said I LOVE U, then it's true but i should not. So forgive me. Hope i will meet Terengganurian who can melt my parents' heart. I should keep remind myself, only TERENGGANU. There is no exception. That is my parents wish that i must fulfill no matter what cuz i love them so much. 

1.2.13

mencari Jodoh

Dah berhabuk dah blog ni. Dah lama sangat tak update. Kesibukan yang melanda sebagai pelajar universiti juga menjadi sekretariat membuatkan sukar bagiku untuk mencari ruang untuk update entri yang baru.

Mencari jodoh bukanlah perkara yang sukar juga bukan perkara yang mudah. Bagi sesetangah orang, jodohnya hanya ada depan mata saja. Sedangkan aku ini begitu sukar untuk mencari seseorang yang melekat di hatiku ini. Entahlah. Orang kata, 'bila tiba masanya nanti, muncullah jodoh kita.' Tapi macam mana pula dengan 'kalau kita tak cari, macam mana nak jumpa jodoh kita'. Aku jadi buntu seketika.

Kenapa tetiba saja aku bercerita tentang jodoh ni? Terus terang aku cakap yang aku kesunyian bila melihat kawan-kawan aku yang dah ada kekasih hati, bertunang, ada yang dah menikah, malah ada yang dah menimang cahaya mata. Bagaimana pula dengan aku? Special friend pun tak ada lagi. -.-"