Blogger Layouts

15.9.13

Kahwin!!

Siapa kahwin? Cuba teka. Me?? hoho.. Mestilah tak.. huhu.. Jodoh belum sampai agaknya.

Sebenarnya kawan aku dah kahwin. dan tersangatlah rugi aku tak dapat nak turut serta dalam majlis tersebut.. Sedih? hahaha. I'm ok. Tapi itulah. Yang aku terkilan sangat sebab aku tak dapat jumpa rakan-rakan sepersatuan aku dulu. Memandangkan agak lama aku berkhidmat dalam persatuan tersebut, jadi ramai lah kaum kerabat SMF yang dapat aku kenal. SMF sesi 2010,2011. Mereka beramai-ramai datang ke majlis kahwin tu.

Nak tengok gambar kahwin kawan aku tu.. ish! nak post tapi takut diorang marah pulak. hehe..

Apa-apa pun. Selamat pengantin baru untuk kedua-dua rakanku, Amirul Mukmin dan Nurul Hafizah. Semoga berbahagia ke akhir hayat. hohohoho

14.8.13

praktikal~~~~ good or bad?

Sebut saja pasal praktikal ni, dah buat aku malas nak fikir. Benda yang pertama buat aku pening kepala adalah pemilihan tempat praktikal. Dalam fikiran aku ni, big 4 of course lah aku tak nak. Orang lain semuanya terkejar-kejar nak dapatkan big 4, tapi bukan pilihan aku. Bukannya apa, malas nak layan benda yang leceh ni. Nak kena interview lah bagai. ooppss pada sesiapa yang tak tahu apa tu big 4, meh nak terangkan. Sebenarnya big 4 tu syarikat audit yang terbesar di Malaysia ni (PwC,Deloitte,KPMG,E&Y). Ha! Kalau nak tahu lebih lanjut, layari laman web ni. (http://en.wikipedia.org/wiki/Big_Four_(audit_firms)

Banyak sebenarnya kelebihan praktikal kat big 4 ni. Antara yang penting ialah duit banyak masyuk, pengalaman & peluang kerja kat situ. Tapi aku ni sedar lah kan diri ni, pointer tak tinggi sangat pun & tak ada transport pun nak gerak. So, end up aku decide nak praktikal kat tempat mantan mpp fakulti aku saja. Dia pun pelawa kerja kat situ. Tapi tetiba je mak aku suruh kerja kat terengganu, senang katanya nak balik. Aku pun fikir dan fikir dan fikir lagi sampai otak pun dah nak pecah..(hiperbola sangat kan, hahahaha) akhirnya aku putuskan untuk try minta syarikat di terengganu dan shah alam. Mungkin ada rezeki.

17.5.13

Penat

Sejak belakangan ni asyik letih je. Tak tahu apa puncanya. maybe tak ckup tido. huwa, test and final exam around the corner. I'm not ready yet.

4.2.13

Crazy Love

Kadang-kadang aku tertanya-tanya. Bila agaknya jodohku tiba?? Aku dah tak mahu tersalah suka. Tak mahu menyakiti lagi. Lagu 'crazy love by Kim Chui' ni aku ditujukan pada yang telah aku sakiti dan percayalah bahawa perasaan aku ikhlas cuma aku perlu korbankan perasaan tu untuk ibu bapa aku.. Aku tahu ada yang membenciku kerana aku sakitinya. Maaf. Itu saja perkataan yang dapat aku ungkapkan.

Percayalah aku tak pernah tipu perasaan aku. If i said I LOVE U, then it's true but i should not. So forgive me. Hope i will meet Terengganurian who can melt my parents' heart. I should keep remind myself, only TERENGGANU. There is no exception. That is my parents wish that i must fulfill no matter what cuz i love them so much. 

1.2.13

mencari Jodoh

Dah berhabuk dah blog ni. Dah lama sangat tak update. Kesibukan yang melanda sebagai pelajar universiti juga menjadi sekretariat membuatkan sukar bagiku untuk mencari ruang untuk update entri yang baru.

Mencari jodoh bukanlah perkara yang sukar juga bukan perkara yang mudah. Bagi sesetangah orang, jodohnya hanya ada depan mata saja. Sedangkan aku ini begitu sukar untuk mencari seseorang yang melekat di hatiku ini. Entahlah. Orang kata, 'bila tiba masanya nanti, muncullah jodoh kita.' Tapi macam mana pula dengan 'kalau kita tak cari, macam mana nak jumpa jodoh kita'. Aku jadi buntu seketika.

Kenapa tetiba saja aku bercerita tentang jodoh ni? Terus terang aku cakap yang aku kesunyian bila melihat kawan-kawan aku yang dah ada kekasih hati, bertunang, ada yang dah menikah, malah ada yang dah menimang cahaya mata. Bagaimana pula dengan aku? Special friend pun tak ada lagi. -.-"