Blogger Layouts

6.8.12

MATEMATIK 0_o

Haa. Aku nak kongsikan serba. Sedikit kenapa aku lebih gemar matematik berbanding hafal-hafal ni. Selain dari design, aku memilih kira-kira ni sebagai pilihan kedua dalam hidup aku. Mak aku pernah tanya 'macam mana adik boleh pandai matematik ye?' Tak dapat dinafikan kepelikan mak aku di situ. Nak tahu kenapa? Sebab adik beradik ku yang lain tak berapa cenderung ke arah matematik.

Kebanyakan nya lebih cenderung ke arah seni. Darah tu pun mengalir dalam diriku, aku juga sukakan kesenian. Dulu aku suka copy lukisan orang, tapi lama kelamaan, bakat tu pun dah tak ada dek mengikut ke arah kira-kira. Nak dijadikan cerita, dulu, aku memang tak suka matematik. Selalu saja dapat 0/10 bila cikguku buat kuiz matematik. Haha, lawak betul bila teringat balik.

Dulu, memang aku malas nak menghadap matematik ni. Nak tengok nombor tu, tersangatlah benci. Tambah pulak dengan darab bahagi semua tu. Apa benda lah semua tu. Buat serabut hidup jer. Keputusan matematik aku agak teruk, (bukan setakat matematik sebenarnya tapi semua) hehe.

Tapi semua tu tak kekal lama. Menginjak darjah 3, aku bertemu dengan seorang cikgu yang begitu suka buat aku sakit hati. Dia mengajar matematik juga guru kelas aku waktu itu. Bila tiba saja masa dia, pasti ada saja salah aku pada mata dia. Muka ni dah tebal menahan malu, kalau tak kena berdiri atas kerusi atau berdiri di luar kelas memang tak sah. Yang peliknya aku seorang je yang kena macam tu.

Aku memang malas nak buat kerja rumah, kuiz matematik selalu dapat paling rendah. Agaknya sebab itu lah dia tak sukakan aku kot. Pada suatu hari, kata-kata dia begitu mencabar aku.
"Kalau tak kena macam ni lagi, cuba buktikan yang kamu ni tak bodoh".

Kalau setakat denda-denda tu semua aku tak kesah. Tapi pedas jer ayat yang dituturkan oleh beliau. Agaknya dia ingat aku ni bodoh. Hati aku seperti dibakar, terasa bahangnya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa aku bukanlah seperti yang difikirkan. Dalam aku tak sangka, akhirnya aku berjaya untuk menepis sangkaan cikgu tersebut dan berjaya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir tahun untuk semua subjek terutamanya subjek yang diajar oleh cikgu tersebut iaitu MATEMATIK.

Jadi di situ lah terpupuknya rasa minat dalam matematik ni. Dalam aku belajar untuk buktikan aku tak bodoh pada cikgu tersebut, aku mula merasakan matematik ni satu subjek cabaran, tak seperti subjek yang lain. Selesai saja selesaikan soalan yang sukar, aku berasa begitu puas dan perasaan puas itulah yang aku cari. Dengan itu, matematik menjadi subjek kegemaran aku.

Terima kasih diucapkan pada cikgu tersebut. Tak akan ku lupakan jasa cikgu. Walau di mana saja cikgu berada, aku doakan cikgu sentiasa diberkati.

P/s: agaknya aku perlukan pensyarah seperti itu sekarang untuk bangkitkan semangat menyiapkan homework atau assignment yang diberikan. ;) hehe

No comments: