Blogger Layouts

15.8.12

Aku cukup bertuah!! ^.^

Walaupun aku telah banyak melakukan dosa, namun ALLAH masih lagi berikan aku petunjuk dan nikmat NYA. Sungguh aku bersyukur. Dalam tika aku menyakiti hati orang, aku masih lagi punyai kawan-kawan yang berada di samping aku.

Nadia merupakan kawan baikku. Walaupun aku selalu menjadi penghalang untuk cinta Nadia, tapi dia tak pernah berpaling tadah, sentiasa bersama aku. Selalu ada di saat aku perlukan seseorang. Sentiasa memahami kehendakku, dan cuba menjaga hatiku. Aku cukup bertuah.

Nurul pula housemate ku kini. Walaupun aku pernah rampas kebahagiaan dy dulu, tapi dy masih lagi terima aku sebagai kwan dy malah housemate nya. Walaupun aku selalu sakitkan hatinya dalam aku tak sedar, tapi dy tak pernah nak burukkan aku depan orang lain, selalu backup aku. Sungguh aku cukup bertuah.


Insan yang pernah bertakhta dalam hatiku juga orang yg selalu aku sakiti, ijat. Aku sangat menghargainya sebab sudi terima aku jadi kwannya semula walaupun aku selalu sakitkan hatinya dulu. Tak pernah burukkan aku depan orang lain walaupun hati sendiri yang sakit. Aku tak pernah menyesal kenal dirinya, dan tak mahu kehilangannya. Sungguh aku cukup terharu.

Ridha pula kawan akrab merangkap bos aku. Dia selalu menjaga hati aku walaupun aku pernah jatuhkan dia suatu ketika dulu. Tapi dia tak pernah nak salahkan aku dan selalu melayan karenah aku yang tak betul ni. Tahan saja dengan amarah ku ini. Sungguh aku cukup bertuah.

Seorang insan yang pernah aku khianati, fizah. Walaupun aku pernah mungkir janji dan burukkan dia pada insan yang lain, dia masih sudi bekerja di bawah satu organisai denganku. Ditahankan sakit hatinya dan masih lagi berdepan dengan aku secara profesional juga tak cuba untuk sakitkan hati aku atau burukkan aku. Kemas saja rahsia keburukan aku dia pegang. Sungguh aku cukup respect.

Mirul pernah bertakhta di hati aku sebagai abang dan takkan pernah aku lupakan. Walaupun aku banyak sakitkan hati dia dulu, burukkan dia, tak percayakan dia, malah berpaling darinya, dan sakitkan hati orang yang dia kasihi, tapi dia tak membencikun, sudi berdepan dgnku. Kerana aku masih ingat kata-katanya, "kalau aku dah bencikan orang tu, muka pun aku tak sanggup tengok" . Sungguh aku cukup berterima kasih.

Chibi, tiqah, mai, alia, haha, jeka, tihah, bone merupakan ex-housemate ku waktu di puncak perdana. Walaupun terpaksa melayan karenah aku dan selalu menyakiti mereka dalam ku tak sedar selama dua tahun, mereka masih berikan sokongan, dengar luahan perasanku, dan tolong jika aku perlukan pertolongan. Sungguh aku cukup bertuah.

Tak lupa pada adik beradik angkatku, ain karim yang pernah tinggal sebumbung denganku, yang sentiasa melayan karenah aku. Walaupun aku pernah aibkan dia suatu ketika dulu sehingga ramai yang burukkan dia, tapi dia tak pernah salahkan aku. Malah turut berikan aku sokongan dan tunjuk ajar sehingga kami berjaya melanjutkan pelajaran di MRSMKT. Satu-satunya kakak yang ku syg :) Sungguh aku cukup bertuah.

Aina mardiyah baharom merupakan teman satu fakulti, yg kini mengambil CAT. Kekadang aku selalu perli, dan menyusahkan dia,tapi dia tak pernah merungut. Tiba saja aku di biliknya, pasti dia melayan cukup baik, jaga keperluan aku, walaupun hakikatnya aku susahkan dia dan selalu perli dia. Namun, layanan dia dan tunjuk ajar dia terhadap agama tak pernah berubah. Sungguh aku cukup bertuah.

Yana, sepupuku yang dikasihi yang selalu saja melayan karenah nakalku di sekolah, yang ada di saat aku perlukan seseorang, sungguhku bertuah punyai kawan juga sepupu sebegini.

Di sini aku memohon maaf kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku andai aku pernah terkasar bahasa dan terguris perasaan sesiapa terutamanya nama-nama yang disebut di atas. Tak lupa juga pada teman-teman yang hadir dalam hidupku, teman-teman dari SKGB, teman-teman dari SMK Merchang, teman-teman dari MRSM KT, teman-teman tika di UiTM Puncak Perdana juga di UiTM Shah alam. Student fast trackers yang satu batch dengan aku, aku minta ampun dan maaf.

Di sini ingin ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua. Maaf zahir dan batin. Aku hargai setiap yang pernah hadir dalam hidupku, dan berterima kasih. Ku panjatkan doa sempena bulan mulia ini semoga kalian semua berbahagia dan berjaya dunia akhirat. :)

No comments: