Blogger Layouts

15.8.12

Aku cukup bertuah!! ^.^

Walaupun aku telah banyak melakukan dosa, namun ALLAH masih lagi berikan aku petunjuk dan nikmat NYA. Sungguh aku bersyukur. Dalam tika aku menyakiti hati orang, aku masih lagi punyai kawan-kawan yang berada di samping aku.

Nadia merupakan kawan baikku. Walaupun aku selalu menjadi penghalang untuk cinta Nadia, tapi dia tak pernah berpaling tadah, sentiasa bersama aku. Selalu ada di saat aku perlukan seseorang. Sentiasa memahami kehendakku, dan cuba menjaga hatiku. Aku cukup bertuah.

Nurul pula housemate ku kini. Walaupun aku pernah rampas kebahagiaan dy dulu, tapi dy masih lagi terima aku sebagai kwan dy malah housemate nya. Walaupun aku selalu sakitkan hatinya dalam aku tak sedar, tapi dy tak pernah nak burukkan aku depan orang lain, selalu backup aku. Sungguh aku cukup bertuah.

6.8.12

MATEMATIK 0_o

Haa. Aku nak kongsikan serba. Sedikit kenapa aku lebih gemar matematik berbanding hafal-hafal ni. Selain dari design, aku memilih kira-kira ni sebagai pilihan kedua dalam hidup aku. Mak aku pernah tanya 'macam mana adik boleh pandai matematik ye?' Tak dapat dinafikan kepelikan mak aku di situ. Nak tahu kenapa? Sebab adik beradik ku yang lain tak berapa cenderung ke arah matematik.

Kebanyakan nya lebih cenderung ke arah seni. Darah tu pun mengalir dalam diriku, aku juga sukakan kesenian. Dulu aku suka copy lukisan orang, tapi lama kelamaan, bakat tu pun dah tak ada dek mengikut ke arah kira-kira. Nak dijadikan cerita, dulu, aku memang tak suka matematik. Selalu saja dapat 0/10 bila cikguku buat kuiz matematik. Haha, lawak betul bila teringat balik.

Dulu, memang aku malas nak menghadap matematik ni. Nak tengok nombor tu, tersangatlah benci. Tambah pulak dengan darab bahagi semua tu. Apa benda lah semua tu. Buat serabut hidup jer. Keputusan matematik aku agak teruk, (bukan setakat matematik sebenarnya tapi semua) hehe.

Tapi semua tu tak kekal lama. Menginjak darjah 3, aku bertemu dengan seorang cikgu yang begitu suka buat aku sakit hati. Dia mengajar matematik juga guru kelas aku waktu itu. Bila tiba saja masa dia, pasti ada saja salah aku pada mata dia. Muka ni dah tebal menahan malu, kalau tak kena berdiri atas kerusi atau berdiri di luar kelas memang tak sah. Yang peliknya aku seorang je yang kena macam tu.

Aku memang malas nak buat kerja rumah, kuiz matematik selalu dapat paling rendah. Agaknya sebab itu lah dia tak sukakan aku kot. Pada suatu hari, kata-kata dia begitu mencabar aku.
"Kalau tak kena macam ni lagi, cuba buktikan yang kamu ni tak bodoh".

Kalau setakat denda-denda tu semua aku tak kesah. Tapi pedas jer ayat yang dituturkan oleh beliau. Agaknya dia ingat aku ni bodoh. Hati aku seperti dibakar, terasa bahangnya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa aku bukanlah seperti yang difikirkan. Dalam aku tak sangka, akhirnya aku berjaya untuk menepis sangkaan cikgu tersebut dan berjaya mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir tahun untuk semua subjek terutamanya subjek yang diajar oleh cikgu tersebut iaitu MATEMATIK.

Jadi di situ lah terpupuknya rasa minat dalam matematik ni. Dalam aku belajar untuk buktikan aku tak bodoh pada cikgu tersebut, aku mula merasakan matematik ni satu subjek cabaran, tak seperti subjek yang lain. Selesai saja selesaikan soalan yang sukar, aku berasa begitu puas dan perasaan puas itulah yang aku cari. Dengan itu, matematik menjadi subjek kegemaran aku.

Terima kasih diucapkan pada cikgu tersebut. Tak akan ku lupakan jasa cikgu. Walau di mana saja cikgu berada, aku doakan cikgu sentiasa diberkati.

P/s: agaknya aku perlukan pensyarah seperti itu sekarang untuk bangkitkan semangat menyiapkan homework atau assignment yang diberikan. ;) hehe

5.8.12

Melangkah ke menara gading!

Aku pernah sebut tentang seseorang yang berjaya membuatku menanam niat untuk belajar setaraf atau lebih tinggi darinya di laman muka buku. Namun, hasrat tersebut masih belum tercapai. Sebenarnya insan tersebut ialah cinta monyet aku dikala aku masih lagi bersekolah rendah. Memorinya cukup ringkas tapi memberi makna yang sangat mendalam.

Kerana dia, aku belajar apa itu cinta. Walaupun usiaku masih muda, namun ku sudah memahami apa itu keperitan merindui seseorang. Kerana dia, aku dapat belajar memahami debaran hati. Kerana dia, aku sentiasa bersemangat untuk ke sekolah. Kerana dia, aku tahu erti memendam perasaan cinta di hati.

Namun kerana dia juga, aku belajar apa itu keperitan dipulaukan oleh teman-teman sekolahku. Kerana dia, aku mula tahu apa itu pengorbanan demi persahabatan. Kerana dia, aku mengenal apa itu kegembiraan dalam kesakitan. Kerana dia, aku belajar menahan sabar. Kerana dia juga aku menutup pintu hatiku.

Aku tak menyangka episod cintaku bermula dari bangku sekolah rendah. Bagi orang mungkin itu hanyalah cinta monyet. Dan bagiku kini, aku juga mengaku itu hanyalah cinta monyet. Tapi cinta itu juga membawa aku ke lembah kesakitan. Walaupun aku masih kecil pada waktu itu, aku sudah belajar banyak benda.

Pengalaman itu akan ku genggam dan tak akan ku lupakan. Tapi satu perkara yang pasti, aku dah maafkan semua orang. Adakah aku berdendam? Ya! Memang aku menyimpan perasaan dendam. Kerana itu, aku belajar bersungguh-sungguh untuk mengalahkan setiap seorang yang telah menyakitkan aku di waktu dulu. Bagiku, hatiku puas andai aku dapat kalahkan mereka semua.

Dan setelah aku berjaya sampai ke menara gading, setelah aku fikir, aku telah kalahkan semua musuh-musuhku tapi aku masih belum mampu untuk mengalahkan si dia. Lelaki itu bukan setakat sudah berada di menara gading malah mempunyai ilmu yang luas dalam agama. Sungguh aku tak mampu menandinginya, sungguh ilmuku dalam agama tidak sehebatnya, tak setarafnya apatah lagi melebihinya.

Aku masih lagi tergelak bila mengenangkan pengalaman lalu. Selepas saja tamat upsr, ternyata keputusan aku lebih rendah daripada musuh-musuhku. Aku hanya mampu mendapat 4A, sdgkan mereka bergembira mendapat 5A. Masing-masing ditawarkan sekolah menengah yang bagus termasuklah lelaki itu. Sejak dari itu, aku bertekad untuk mengejarnya. Aku masih sukakn dia dan ingin menuntut di universiti yang sama dengannya kerana aku terlampau rindukan dia saat itu.

Dalam aku mengejar lelaki itu, dan dalam aku ingin mengalahkan musuhku, aku kini berjaya melanjutkan pelajaranku di peringkat ijazah perakaunan di UiTM Shah Alam. Terima kasih atas pengalaman itu, terima kasih atas cinta itu, terima kasih kerana memberikan aku semangat untuk terus belajar. Buat insan tersebut yang kini melanjutkan pelajaran di luar negara, jaga diri baik-baik dan terima kasih.

P/s: aku dan dia kini dah jadi kawan. Perasaan cinta tu pun dah ilang, tapi sayang tu tetap ada. Apa-apa pun aku berterima kasih pada dia dan musuhku. Ku percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. :)