Blogger Layouts

28.7.12

home sweet home 1

dah lama tak update blog ni. dah berhabuk dah. hehe.. sekarang meh aku cerita sedikit sebanyak kisahku di rumah sepanjang 2 bulan cuti semester ni.

aku balik kampung pada 16€/7/2012. punyalah kelam kabut masa nak balik tu. tiket balik pun tak beli lagi, barang pun ada lagi yang tak pindah, nak baiki latop yg asyik rosak aje ni dan yang paling tak best nya,baju kurung aku belum beli lagi. punya planning baik punya malam sebelum tu (15/7). dalam hati, "esok nak kena bangun awal sebab banyak benda yang nak di settle kan. tup tup!! tada!! aku bangun lambat.

gara-gara penat dengan jawab last exam (maf),lepas tu berkejar ke dinner watikah perlantikan pulak, aku tertido sampai tengah hari. aduh!! masalah betul. nk baiki latop memang dah tak sempat lah masa ni. nak kena kemas barang lagi,jadi aku ambil keputusan untuk tak baiki latop tu dan tinggalkan latop tersayang tu kat rumah sewa je. lepas saja kemas barang untuk dipindahkan memandangkan aku da pindah rumah bulan september ni,aku pun bersiap-siap untuk pergi menara saas sebab nak hantar barang yang aku pinjam dari orang lain.

selesai urusan di menara saas,jam ditanganku dah menunjukkan tepat pada pukul empat petang. tiket belum beli lagi,terpaksa lah aku bergegas ke seksyen 17 untuk beli tiket balik ke terengganu. nasib baik adaa tiket, jadi urusan tiket dah pun selesai. destinasi seterusnya ialah mph di sacc mall dan plaza alam shah untuk beli baju raya.

bas masa tu sangat menguji kesabaran aku,dekat setengah jam aku tunggu barulah muncul kelibat bas rapid u529. hujan renyai2 pada waktu itu tak mematahkan semangat aku untuk teruskan perjalanan.jam menunjukkan 5 petang,tapi aku masih lagi berada dalam bas. aku perlu selesaikan semua urusanku sebelum pukul 9.30 malam memandangkan bas aku bergerak pukul 9.30 malam. pukul 5.10 petang, aku sampai ke pkns. aku tak menapak lama di pkns,aku terus bergegas ke sacc mall untuk membeli buku. memandangkan latop aku tak dapat nak dibaiki,jadi aku berkira untuk habiskan beberapa buah novel di rumah. mesti ada yang bertanya,"kenapa tak bawa balik saja latop tu dan baiki kat kampung?" jawapanku,"aku berangan nak jadi anak solehah.kalau bawa balik latop,maunya aku tak keluar bilik.asyik terperap dalam bilik je mengadap benda tu." haa.., sebab tu lah aku malas nak bawa balik. lama jugak aku menapakkan diri di mph sacc mall. dah setengah jam dalam kedai buku tu,tapi masih lagi tak jumpa buku apa yang sesuai.agaknya abang-abang yang jaga kaunter tu pun dah muak tengok aku ni. disebabkan perut aku pun dah berbunyi ni, aku pun ambil saja 2 buah novel (sayang 3 dalam 1 dan bertaut sayang) dan sebuah buku motivasi yang bertajuk motivasi menjadi wanita paling bahagia. usai bayar buku di kaunter, aku terus bergerak ke plaza alam shah atau dipanggil pas (macam nama parti politik kan). berkira-kira nak solat dulu atau nak makan dulu atau nak cari baju kurung dulu.

aku ambil keputusan untuk solat dulu, barulah lega di hati ni nak mencari baju raya. usai solat,aku terus keluar surau pas. melilau mata aku mencari baju raya yang terbaik untuk raya kali ni. tema yang aku pilih untuk tahun ni ialah putih+ungu cair,memandangkan aku belum ada baju yang berwarna ungu. cari dan terus mencari,akhirnya aku jumpa yang berkenan di hati. harganya pun kira not bad lah, bawah rm100. semangat dah ni nak beli,tup tup tak ada saiz untuk aku. huwa! memang nak menangis aku kat situ. aku dah putus harapan nak mencari. jadi aku ambil keputusan untuk cari kat terengganu je. harapannya biarlah baju raya ni boleh pakai masa nak pergi kelas. bukan apa,beli yang cantik-cantik sangat,karang tak terpakai dek malu dengar orang bertanya "nak pergi kenduri ke pakai lawa-lawa ni?" huhu. malas aku nak meelayan,jadi aku nak pilih baju raya yang biasa2 saja lah. malas nak melawa sangat. bila fikir balik, baju apa pun yang aku pakai memang nampak lawa memandangkan aku memang lawa.. haha,perasan di situ! agaknya muntah sebaldi orang lain yang mendengarnya. perut aku berlagu makin kuat meminta untuk diisi. tanpa membuang masa lagi,aku terus ke kedai makn big mug di luar kawasan pas.

sambil menunggu order ku siap,aku terdengar laungan azan dari masjid shah alam. dah macam nak berbuka ni. habis sahaja azan berkumandang, makanan aku sampai akhirnya. dah tak tengok kiri dan kanan,aku terus sambar maknan tu. nampak sedap,tambah-tambah aku yang lapar tahap kebulur dah tu. mana tak nya, aku tak makan dari pagi tadi. perut pun dah sumpah seranah aku agaknya sebab biarkan dia terseksa. petang tu aku isi perut dengan nasi ayam dan teh o ais saja. cukuplah sekadar nak mengalas perut sebelum naik bas nanti. dah licin makanan aku tu, aku pun bergerak ke surau untuk menunaikan tanggungjawabku sebgai orang islam. boleh pulak aku terserempak dengan aina mardiyah,rakan sekelasku di surau pas. oleh disebabkan aku yang dah kelewatan ni, aku tak boleh layan lama-lama kawanku itu. maaflah ye. urusan di pas dah pun selesai. aku pun mencari-mencari teksi yang berhampiran kawasan tu,nasib baik ada. aku terus bergerak ke seksyen 7 (rumah sewaku) untuk memindahkan barang ke rumah sewaku yang baru. pak cik teksi tu bawa je ikut kemahuan aku.

penat jugak angkat barang-barang naik turun tangga. nasib baik akak di rumah sewaku yang baru masih setia menungguku di situ. jadi senanglah kerja aku untuk memasukkan barang ke rumah tu. tepat pukul 8.45 malam,aku bergegas ke seksyen 17 bersama pak cik teksi. boleh pulak pakcik teksi tu tak tahu stesen bas seksyen 17 tu kat mana. aduh! masalah. jadi aku suruh lah dia hantar kat intec shah alam. terpaksa lah aku berjalan ke stesen bas tu. ingatkan nak tunaikan solat isyak di stesen bas tu, rupa-rupanya tiada air. hampeh betul!. ingatkan nak keluar dan terus ke bas tapi bas transnasional yang bertolak ke terengganu masih lagi tak muncul, aku menunggu dengan penuh sabar dalam surau stesen bas seksyen 17 tu. hampir saja aku terlelap dalm surau tu. badan yang keletihan ni tak mampu untuk bertahan lebih lama, mata aku ni pun meminta untuk tido. nasib baik ada akak yang temankan aku dalam surau tu. sempatlah jugak berborak dengannya. suami dia mengajar di uitm shah alam. oh! aku pulak student uitm. patutlah dia tahu tentang uitm sekarang baru abis exam. tak lama perbualan kami, aku terpaksa bergerak ke bas. jam pun dah menunjukkan pukul 9.25 malam. dengan pantasnya,aku terus meletakkan barang-barangku dalam bas dua tingkat itu. tempat duduk aku di tingkat dua. barang perlu diletakkan di tingkat satu. nasib baik tiada barang yang berharga,jadi tak da lah membimbangkan aku.

mata aku tak menunggu lama, bas bergerak saja keluar stesen bas ni, aku sudah pun melelapkan mata dalam kesjukan air cond bas tu. tambahan pula, aku tak ada alas untuk menahan kesjukan tu. baju sejuk pun aku tak bawa balik. badan aku yang terlampau letih ni tak dapat dibendung lagi walaupun tika kesejukan menusuk tulang2 aku ni, aku pun tido dibuai mimpi...

home sweet home 1 dah pun berakhir. bersambung di kemudian hari dengan home sweet home 2. assalamualaikum :)