Blogger Layouts

26.5.12

cinta vs suka


Jika diajukan pertanyaan apakah perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing-masing sama ada cinta atau suka, pasti ada ramai antara mereka yang akan terdiam dan serba salah. Tidak tahu yang mana satu jawapan yang tepat. Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama ada juga rasa suka. Namun harus diingat cinta dan suka adalah dua perkara yang berbeza. Diakui ramai yang keliru dengan dua istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti keduanya. Di sini anda boleh lihat perbezaannya..


1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati berdegup kencang.. tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..

2. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.. tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan terenyum..

3. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata,, tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

4. Di depan orang yang kita cinta. kita jadi malu... tapi jika di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri yang sebenar.

5. Kita tak boleh merenung mata orang yang kita cintai, tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..

6. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.. tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan menceriakan dia.

7. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.. tapi depan orang yang kita suka, musim berangin saja..

8. Di depan orang yang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana bimbang dia akan terguris.. namun dengan orang yang kita suka, kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dan si dia.

9. Perasaan cinta bermula dari mata.. Perasaan suka bermula dari telinga...

No comments: