Blogger Layouts

11.4.12

Terkena

Entahlah. Adakah ini yang aku dapat untuk semua yang aku telah lakukan dulu?? Atau adakah ini pengajaran yang terpaksa aku lalui untuk memahami perasaan semua orang yang telah aku sakiti?? Adakah ini yang patut aku tempuhi sekarang??

Jika jawapan kepada semua persoalan tu adalah YA, maknanya aku tiada pilihan. Inilah balasan yang patut aku lalui. Semakin banyak yang aku rasai sekarang, dari sakit kepada gembira.. Inilah perasaan orang yang banyak terluka sebab aku. Mungkin ALLAH nak aku sedar bahawa setiap orang ada perasaan yang perlu dijaga.

Dalam aku meniti ranjau kehidupan, banyak pengajaran yang aku dapat. Banyak pengalaman yang telah mendewasakan pemikiran aku.

Sekarang aku dah tak tahu, adakah aku patut teruskan perjuangan dan terus terluka?? Atau melupakannya dan kembali seperti waktu dulu?? Berikan aku petunjuk. Sesungguhnya aku keliru..

No comments: