Blogger Layouts

30.4.12

menunggumu

Aku mengharap dan terus mengharap.. Aku akan menunggu dan akan terus menunggu.. Walau apa pun yang jadi, walau apa jua cabaran yang aku terpaksa tempuhi, walau banyak keperitan yang aku terpaksa telan, aku bernekad untuk terus bertahan.. Bagiku, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, aku tidak sesekali menyalahkan keadaan malah aku akn bersyukur dan cuba hargainya sebaik mungkin. Yang aku pasti ALLAH lebih mengetahui apa yang tebaik buat hambanya. Sesungguhnya manusia hanya mampu merangcang tapi ALLAH yang akan menentukan segalanya.


Semuanya di tangan ALLAH. ALLAH yang menentukan segalanya dan aku tak akan menyerah kalah kerana tiada siapa yang mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. Aku akan tetap di sini menunggumu menyunting aku sebagai bakal isterimu..

No comments: