Blogger Layouts

30.4.12

menunggumu

Aku mengharap dan terus mengharap.. Aku akan menunggu dan akan terus menunggu.. Walau apa pun yang jadi, walau apa jua cabaran yang aku terpaksa tempuhi, walau banyak keperitan yang aku terpaksa telan, aku bernekad untuk terus bertahan.. Bagiku, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi, aku tidak sesekali menyalahkan keadaan malah aku akn bersyukur dan cuba hargainya sebaik mungkin. Yang aku pasti ALLAH lebih mengetahui apa yang tebaik buat hambanya. Sesungguhnya manusia hanya mampu merangcang tapi ALLAH yang akan menentukan segalanya.


Semuanya di tangan ALLAH. ALLAH yang menentukan segalanya dan aku tak akan menyerah kalah kerana tiada siapa yang mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. Aku akan tetap di sini menunggumu menyunting aku sebagai bakal isterimu..

23.4.12

Khas kepada Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM


Hello!!! Aku ada berita gembira... :) Kepada semua pelajar fakulti perakaunan!!! Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Perakaunan telah melakukan beberapa peningkatan untuk mendekatkan diri kami dengan pelajar fakulti perakaunan. Kami dah ada official page facebook dan juga twitter. Jadi, andai siapa-siapa yang ada aduan atau idea untuk pembaharuan untuk fakulti perakaunan, sudikanlah diri anda untuk post di facebook kami. Kami juga ada group SMF Perakaunan UiTM.. Mungkin tak semua yang mampu kami selesaikan, tapi kami akan cuba yang terbaik untuk anda.. :)

jom lawat link ini..
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan
Group SMF Perakaunan UiTM
Twitter SMF_Perakaunan

21.4.12

rahsia tarikh lahir metafizik

wah! Aku dapat belajar sesuatu yang sangat unik. Kalau dulu, aku ingat elemen-elemen ni, ditentukan mengikut anak yang ke berapa. Tapi rupanya bukan itu sahaja. Kita juga boleh lihat kita ni elemen apa dalam tarikh lahir kita. Kalau mengikut adik beradik, aku elemen tanah, iaitu anak ke lima. DAn rupanya aku juga elemen tanah dalam tarikh lahir aku. Wah, kuatnya elemen aku. Ada kawan saya ni, kalau mengikut adik beradik, dia elemen tanah, tapi kalau ikut tarikh lahir dia elemen api. Ermm... patutlah.. hehe. Bercakap itu ini pasal elemen.. Apa sebenarnya elemen tanah, atau elemen api ni?? Baiklah meh aku terang sikit..


Dengan Tarikh Lahir (hari, bulan dan tahun) seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemua nombor kepada satu angka.

Pythagoras dengan tegasnya menyatakan, "Dunia Tercipta Di Atas Kekuasaan Nombor-Nombor". Keseluruhan alam semesta dicipta oleh corak-corak matematik dan semua perkara boleh dijelaskan melalui NOMBOR yang bersamaan dengan getaran alam semesta. NOMBOR ini menentukan PERSONALITI, TAKDIR dan TUAH seseorang.

Semua benda di alam semesta bergetar pada frekuensi mereka yang tersendiri. Dengan menemukan kadar getaran mana-mana objek, anda boleh membina kualiti dan tenaga yang berkaitan dengannya. Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip NUMEROLOGI dan menggunakan TARIKH LAHIR sebagai data asas, anda dapat menentukan frekuensi utama bagi individu yang berbeza. Analisis NUMEROLOGI daripada frekuensi yang dihitung menghasilkan maklumat penting tentang PERSONALITI dan PERWATAKAN seseorang.

Bagaimana caranya???
contoh tarikh lahir 19/10/1992.. so
1=A
9=B
1=C
0=D
1=E
9=F
9=G
2=H



so, O adlh no asas anda..


Elemen ikut nombor asas anda..
Logam untuk no 1, 6
Air untuk no 2, 7
Api untuk no 3, 8
Kayu untuk no 4, 9
Tanah untuk no 5

utk ketahui lebih lnjut.. apa kata anda rujuk this link
http://www.scribd.com/doc/18182511/Rahsia-Tarikh-Lahir
http://www.afrayuri.com/2009/07/rahsia-tarikh-lahir-anda-dari-dr-azizan.html

11.4.12

Terkena

Entahlah. Adakah ini yang aku dapat untuk semua yang aku telah lakukan dulu?? Atau adakah ini pengajaran yang terpaksa aku lalui untuk memahami perasaan semua orang yang telah aku sakiti?? Adakah ini yang patut aku tempuhi sekarang??

Jika jawapan kepada semua persoalan tu adalah YA, maknanya aku tiada pilihan. Inilah balasan yang patut aku lalui. Semakin banyak yang aku rasai sekarang, dari sakit kepada gembira.. Inilah perasaan orang yang banyak terluka sebab aku. Mungkin ALLAH nak aku sedar bahawa setiap orang ada perasaan yang perlu dijaga.

Dalam aku meniti ranjau kehidupan, banyak pengajaran yang aku dapat. Banyak pengalaman yang telah mendewasakan pemikiran aku.

Sekarang aku dah tak tahu, adakah aku patut teruskan perjuangan dan terus terluka?? Atau melupakannya dan kembali seperti waktu dulu?? Berikan aku petunjuk. Sesungguhnya aku keliru..

9.4.12

comic boy

namanya diberi A...A... bin A...
dia suka baca komik.. tiap-tiap hari komik..
dia suka perempuan.. so, sape yang dalam kesunyian bolehlah minta dia temankan sebab dia memang suka perempuan dan suka lepak..
dia tinggal di temerloh, Pahang.. Rumahnya kaler putih..
Dia lahir pada 29 September 1989.. nanti jangan lupa bagi adiah yer..
sifat-sifatnya : baik, penyayang, tegas, garang
Dia suka kaler ungu.. suka makan: sotong goreng tepung..
Dia suka dengar lagu ber genre sedih..
Wanita pilihan : solid , putih, ayu, sedap mata memandang (so, baginya rupa fizikal lebih penting daripada keikhlasan hati si pempuan)

credit to dirinya sendri.. :p