Blogger Layouts

10.3.12

Roommate

Hari pertama masuk rumah sewa......
"macam mana aku nak bergaul dengan diorang ni?" Disebabkan aku tak pandai nak mulakan perbualan, jadi aku diam saja. SAmpai aje kat rumah sewa, aku nampak diorang tengah kemas-kemas bilik. Aku dah siap kemas jadi aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya aku duduk je tengok diorang sambil dengar lagu yang volume nya hanya satu. Takut-takut diorang ada bercakap pasal aku. Haha. Oleh sebab dah tak tahu nak buat apa, aku pun melelapkan mata.

Hari kedua...
"Aik dah balik??" aku bertanya pada salah seorang roommate aku.
"ha'a. Kelas abis awal ari ni."
"oo, mana yang lain? tak balik lagi ke?"
"Nurul ada kat tadi. Pergi jalan-jalan ngan motor kot. Pijah asal mana ek?"
"Saya asal terengganu. Awak?" kekok nya rasa. Haha
"dari Terengganu jugak."
"La. Nape tak cakap Terengganu.?"
"Ntah. Kalu cakap terengganu pun bunyi macam bahasa biasa jugak. Pelik kalu nak cakap loghat kat sini." orang terengganu jugak upanya. Haha. Ada geng.
"Assalamualaikum. Ni ada pisang.goreng. jom makan" dua org lagi roommate aku baru balik dari kelas. Tanpa buang masa, kami pun menjamah pisang goreng tu sama-sama..

Sekelip mata saja, kami jadi akrab. Wah! hebat jugak penangan pisang goreng. Patutlah orang cakap kalau nak eratkan ikatan kekeluargaan, makanlah sama-sama. Dengan sendiri, hubungan jadi baik.

Sekarang dah seminggu aku tinggal di rumah sewa ni. Dan perasaan sayangkan roommate aku makin bertambah. Terima kasih sebab sudi layan aku yang tak berapa nak betul ni. haha. Hidup aku pun lebih ceria dari biasa. dan akan bertambah ceria setiap hari (i hope). Jadi apa pun yang berlaku yang menyakitkan hati aku, aku tetap akan dapat senyum dalam kepahitan kerana aku tahu bila aku sampai rumah sewa nanti, kepahitan itu akan pergi seperti sekarang. Hehe. :p

No comments: