Blogger Layouts

30.3.12

Role Play!

Wah! Tadi main role Play ngan Lecturer CRG. haha. Dah lama tak bercakap kat depan ni buat aku jadi nervous pulak. Ntahlah. Aku rasa confidence level aku dah turun sejak dah lama tinggalkan Kem Kepimpinan ni.

Aku group yang ke lima. Jadi devil. hehe. Ada orang pesan kat aku, "kau tak payah berlakon, jadi diri sendiri je". haha. Amboi. Sampai aty. Aku tak ada lah jahat sangat. Tapi apa apa pun ayat tu boleh buat gemuruh aku kurang. Thanks to that person ^.^

Group yang lain banyak betul prop masing-masing.. Aku?? haha. Ingat nak jadi "women in black".. Jadi devil kan. Tapi tak sangka pulak pagi tadi aku bangun lewat gara-gara letih berfikir tentang sesuatu yang tak patut. Then, aku pakai saja baju kurung yang tak perlu gosok dan sarung je tudung yang dah tersedia gosok. Aku rasa pakaian aku tadi sangat lah selekeh. Nak buat macam mana, lewat punya pasal.. Devil pakai baju kurung?? haha. Lawak aje. Nampak macam baik je devil ni.

Apa-apa pun best sangat berlakon tadi. Lagipun aku memang suka berlakon, menyanyi dan menari.. haha. Tapi menyanyi dan menari tu kat rumah jelah kan..

No comments: