Blogger Layouts

9.3.12

kembali...

Dah lama tak menjenguk blog ni. Nak buat macam mana.. Sibuk sangat nak masuk sekolah.. Haha. Alhamdulillah sekarang aku dah berada di Shah Alam sambung degree in accounting.. Aku nak berterima kasih pada abang ngah aku sebab sanggup hantar adik yang banyak songeh ni. Terima kasih jugak pada bakal kak ngah dan kakaknya sebab sudi teman dan bergembira bersama selama tiga hari.

Aku, kak ngah, kak ja dan abang ngah sampai di Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi. Kami dapatkan hotel untuk berehat. Sampai aje kat bilik, kami terus landing tak tengok kiri kanan. Haha. Pukul 11 pagi, kami teruskan perjalanan ke SOGO selepas penuhkan perut kami dengan roti canai. Lama jugak masa yang kami habiskan di SOGO. Ingatkan ada sale besar besaran tapi malangnya kebanyakan barang yang ada baru sampai. So, agak mahallah kalau nak membeli belah. Tapi aku sempat jugak beli selipar. Saje je nak memhabiskan duit kan. Isyh2.

Dah abis melawat SOGO, kami berjalan kaki ke jalan TAR. Katanya nak cari manik dan kain pasang. Ingatkan sekejap je pilih manik untuk baju pengantin, rupanya lamanya macam shopping baju. Sudahnya nak dekat sejam kami menunggu kak ngah dan kawannya memilih manik yang sesuai. Daripada berdiri, akhirnya kami duduk keletihan menunggu. Keluar saja kedai manik, hujan lebat di luar mengejutkan kami. Alamak. Macam mana nak berjalan ni kalau tak ada payung. Tapi kami redah aje hujan tu. Malas nak menunggu hujan tu berhenti. Nak dijadikan cerita, ada pulak orang jual payung kat situ., Bagus betul marketing dia. :)

Ingat nak redah je hujan sampai ke masjid jamek. Tapi macam impossible je. Jadi kami berjalan ke parking kereta dan terus ke masjid jamek untuk beli kain pasang. Malangnya kedai dah banyak tutup sebab waktu tu dah maghrib. Jadi tak dapatlah nak cari apa yang diinginkan.

Jadi kami teruskan perjalanan ke ioi mall untuk berjumpa dengan kawan abg ngah merangkap pakwe kak ja yang kami panggil abg M. Kami habiskan malam tu dengan berjalan-jalan dan menonton wayang cerita Ghost Rider 2. Cerita yang agak best. Yang penting aku banyak gelak sebab banyak yang tak masuk akal. Nak pilih tempat duduk pun satu hal. Kami berlima tapi kena pisahkan tempat duduk, kalau tak kami terpaksa duduk di barisan hadapan. Cadangan 1: berpecah 2 2 1. Jadi abg ngah akan duduk dgn kak ngah, kak ja akn duduk dgn abg M, aku pulak duduk sorang.. Haha. Kesian kan?? nak buat macam mana.. single lah katakan.. cadangan 2, lima org duduk di barisan depan. Bincang punya bincang akhirnya kami pilih cadangan ke dua.

Habis ghost rider, kami cari hotel untuk berehat. Sejurus selepas kami tempah hotel untuk satu malam, kami menjamah makanan di kedai mamak. Lepas penuhkan perut, kami pun berehat untuk bekalkan tenaga untuk hari seterusnya.

Keesokan harinya, kami berjalan lagi di Sungei Wang. AKu dan kak ja hanya tunggu dan lihat saja abg ngah dan kak ngah beli baju t-shirt. AKhirnya selepas dua jam masa yang dihabiskan di Sungei Wang, kami kembali ke masjid jamek untuk beli kain pasang. SAkan kak ja dan kak ngah beli belah. Aku hanya habiskan bateri BB dalam kereta. Kaki aku dah tak larat nak berjalan, maklumlah dua hari pakai high heels. Usai habis shopping kain pasang, kami terus ke shah alam untuk uruskan apa yang patut.

Malam tu kami pergi uptown untuk menghabiskan duit. Haha. Tapi aku tak ikut sebab aku temankan kawan baik aku, nadia. Banyak yang aku dan nadia borakkan. Lmbat jugak kami tidur. Maklumlah dah tiga bulan tak jumpa. Akhirnya pukul 3 mata aku dah melabuhkan tirainya.

Hari seterusnya merupakan hari shah alam. Hehe. Jadi aku, kak ngah, kak ja, abg ngah dan nadia shopping kat pkns dan the store pulak. Sempat jugak lah aku rembat seluar jeans ladylike satu. haha.. Lepas je menghabiskan duit, aku terpaksa pulang ke kolej sebab abg ngah and the geng akan bertolak ke perak pula. Nak berseronok kat sana pulak katanya. Untunglah. Tamatlah saja perjalanan ke KL dari Terengganu.

No comments: