Blogger Layouts

30.3.12

Happy Besday Nurul!!

Nurul?? Siapakah dia? Haha. Biarlah rahsia.. Bagi aku, dia sangat special. Walaupun banyak yang terjadi antara kami, still dia masih lagi maafkan aku dan terima aku seadanya. Aku terharu.. hehe. Sob3. Dan aku berjanji yang aku akan jadi a better person. I will prove it. Aku tak akan sia-siakan peluang yang ALLAH berikan padaku kali ni..

Kita sambung citer pasal besday girl. Semalam kami sambut dengan blueberry cheese cake. Wah! cantik giler kek tu. Nasib baik aku tak berapa suka cheese. Kalu tak, mesti dah licin kek tu aku makan. Hehe. Seronok tengok orang sambut besday. hehe. Untuk suprise party semalam aku tak join sangat pun dalam planning tu. Sebab aku pun macam blurr je. 

Hadiah?? haha. Mestilah aku bagi. Thanks to someone sebab sudi teman aku beli hadiah untuk kawan aku tu. Ingat nak cari warna purple tapi tak ada pulak yang cantik. Jadi aku kebas je key chain warna biru. Hehe.. 

Wish!! Ok. Aku harap Nurul ni akan sentiasa jadi baik. Hehe. Dan tolong aku jadi baik jugak.. Aku harap kau akan dikurniakan kebahagian dan berjaya mencari Mr Right.. Hehe. Kumbang bukan seekor. ^.^

Role Play!

Wah! Tadi main role Play ngan Lecturer CRG. haha. Dah lama tak bercakap kat depan ni buat aku jadi nervous pulak. Ntahlah. Aku rasa confidence level aku dah turun sejak dah lama tinggalkan Kem Kepimpinan ni.

Aku group yang ke lima. Jadi devil. hehe. Ada orang pesan kat aku, "kau tak payah berlakon, jadi diri sendiri je". haha. Amboi. Sampai aty. Aku tak ada lah jahat sangat. Tapi apa apa pun ayat tu boleh buat gemuruh aku kurang. Thanks to that person ^.^

Group yang lain banyak betul prop masing-masing.. Aku?? haha. Ingat nak jadi "women in black".. Jadi devil kan. Tapi tak sangka pulak pagi tadi aku bangun lewat gara-gara letih berfikir tentang sesuatu yang tak patut. Then, aku pakai saja baju kurung yang tak perlu gosok dan sarung je tudung yang dah tersedia gosok. Aku rasa pakaian aku tadi sangat lah selekeh. Nak buat macam mana, lewat punya pasal.. Devil pakai baju kurung?? haha. Lawak aje. Nampak macam baik je devil ni.

Apa-apa pun best sangat berlakon tadi. Lagipun aku memang suka berlakon, menyanyi dan menari.. haha. Tapi menyanyi dan menari tu kat rumah jelah kan..

27.3.12

SMF Perakaunan

Hah!!! Kali ini, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan telah mengeluarkan borang untuk anda pelajar perakaunan untuk menyertai dan memberikan sumbangan kepada fakulti anda yang tersayang.

Apa yg bestnya jadi smf ni?? ha.. Meh aku taip-taip kan apa kelebihan yg anda dpt!!

1. Dapat kenal ramai kawan
--- sebab apa ek? sebab SMF dpt menyertai program bersama persatuan lain, tak kiralah di kalangan uitm mahupun luar uitm.

2. Dapat pergi tempat menarik!!
--- Ha!! kita pun ada aktiviti jelajah ni. Bukan saja-saja tapi untuk promote uitm.. hehe. Contohnya macam OPKIM., (program kebajikan di tempat-tempat yg sesuai)

3. Dapat belajar berorganisasi..
---Kadang-kadang kita sering dengar tentang bekerja dalam organisasi ni sgt perlu bekerjasama. Well, apa yg korang belajar dlm MGT tu boleh lah korang terapkan dalam dan alami sendiri bila join SMF ni. Memang banyak cabarannya.. Dan anda dapat merasai sendiri apa yg dimaksudkan time management, behavior in organisation dan mcam2 lagi.. hehe

Antara aktiviti SMF:
1. SMF Freshies
2. Appreciation night (dean list)
3. Accountancy day
5. Accountant Leadership Camp
6. dan banyak lagi.. (malas nk senaraikan)..

Tunggu apa lagi?? JOm sertai SMF!!

15.3.12

Well!!

Tak kira apa jua yang berlaku, aku tetap akan kekalkan senyuman walau pahit sekalipun.. Sebab aku tahu setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Oh! kepada seseorang yg pernah bahagiakan aku satu ketika dulu. i'm really happy when u r happy. and i'm glad that she can make u smile again and again.. she's the best for u.. take care of her.. :) me??? as long as u r happy, i ll be ok.. and with ur smile, i can gain happiness in my life. that's y, whatever u do, even it hurt my feeling but i can endure it if u smile like that.. even u said "berambus lah pempuan sial".. haha.. mula-mula memang rasa sakit, tapi lama-lama aku fikir balik, it's my fault anyway.. and it's better when u hate me now coz u ll not be hurt by me again and again..

Sayonara~~~~ let the time decide.. kih3..


13.3.12

stress!!

Mak aih.. haha.. Susah jugak jadi budak degree ni. sekarang aku gitau semua.. aku memang respect r kat budak degree. aku bru 2 minggu jadi budak degree dah pun merasa bahangnya..

Apa lagi ye? haha.. Aku ada berita suam-suam kuku.. haha. AKu still sambung Jadi SMF fakulti perakaunan. Wah! aku harap dapat laksanakan tugas aku dengan baik..

Lagi??? huhu,.. Aku baru je lepas tengok citer lovely complex episod 9. ha! ayat yang bagi aku semangat. "even pickled radish can be a crab". haha. maksudnya kalau kita berusaha, kita boleh jadi apa saja yang kita mahu.. ^.^

Hah! satu lagi.. nak kena buat report tentang moral values in movies. tapi tak tahu nak pilih movie apa.. any suggestion??

10.3.12

Roommate

Hari pertama masuk rumah sewa......
"macam mana aku nak bergaul dengan diorang ni?" Disebabkan aku tak pandai nak mulakan perbualan, jadi aku diam saja. SAmpai aje kat rumah sewa, aku nampak diorang tengah kemas-kemas bilik. Aku dah siap kemas jadi aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya aku duduk je tengok diorang sambil dengar lagu yang volume nya hanya satu. Takut-takut diorang ada bercakap pasal aku. Haha. Oleh sebab dah tak tahu nak buat apa, aku pun melelapkan mata.

Hari kedua...
"Aik dah balik??" aku bertanya pada salah seorang roommate aku.
"ha'a. Kelas abis awal ari ni."
"oo, mana yang lain? tak balik lagi ke?"
"Nurul ada kat tadi. Pergi jalan-jalan ngan motor kot. Pijah asal mana ek?"
"Saya asal terengganu. Awak?" kekok nya rasa. Haha
"dari Terengganu jugak."
"La. Nape tak cakap Terengganu.?"
"Ntah. Kalu cakap terengganu pun bunyi macam bahasa biasa jugak. Pelik kalu nak cakap loghat kat sini." orang terengganu jugak upanya. Haha. Ada geng.
"Assalamualaikum. Ni ada pisang.goreng. jom makan" dua org lagi roommate aku baru balik dari kelas. Tanpa buang masa, kami pun menjamah pisang goreng tu sama-sama..

Sekelip mata saja, kami jadi akrab. Wah! hebat jugak penangan pisang goreng. Patutlah orang cakap kalau nak eratkan ikatan kekeluargaan, makanlah sama-sama. Dengan sendiri, hubungan jadi baik.

Sekarang dah seminggu aku tinggal di rumah sewa ni. Dan perasaan sayangkan roommate aku makin bertambah. Terima kasih sebab sudi layan aku yang tak berapa nak betul ni. haha. Hidup aku pun lebih ceria dari biasa. dan akan bertambah ceria setiap hari (i hope). Jadi apa pun yang berlaku yang menyakitkan hati aku, aku tetap akan dapat senyum dalam kepahitan kerana aku tahu bila aku sampai rumah sewa nanti, kepahitan itu akan pergi seperti sekarang. Hehe. :p

9.3.12

kembali...

Dah lama tak menjenguk blog ni. Nak buat macam mana.. Sibuk sangat nak masuk sekolah.. Haha. Alhamdulillah sekarang aku dah berada di Shah Alam sambung degree in accounting.. Aku nak berterima kasih pada abang ngah aku sebab sanggup hantar adik yang banyak songeh ni. Terima kasih jugak pada bakal kak ngah dan kakaknya sebab sudi teman dan bergembira bersama selama tiga hari.

Aku, kak ngah, kak ja dan abang ngah sampai di Kuala Lumpur pada pukul 5 pagi. Kami dapatkan hotel untuk berehat. Sampai aje kat bilik, kami terus landing tak tengok kiri kanan. Haha. Pukul 11 pagi, kami teruskan perjalanan ke SOGO selepas penuhkan perut kami dengan roti canai. Lama jugak masa yang kami habiskan di SOGO. Ingatkan ada sale besar besaran tapi malangnya kebanyakan barang yang ada baru sampai. So, agak mahallah kalau nak membeli belah. Tapi aku sempat jugak beli selipar. Saje je nak memhabiskan duit kan. Isyh2.

Dah abis melawat SOGO, kami berjalan kaki ke jalan TAR. Katanya nak cari manik dan kain pasang. Ingatkan sekejap je pilih manik untuk baju pengantin, rupanya lamanya macam shopping baju. Sudahnya nak dekat sejam kami menunggu kak ngah dan kawannya memilih manik yang sesuai. Daripada berdiri, akhirnya kami duduk keletihan menunggu. Keluar saja kedai manik, hujan lebat di luar mengejutkan kami. Alamak. Macam mana nak berjalan ni kalau tak ada payung. Tapi kami redah aje hujan tu. Malas nak menunggu hujan tu berhenti. Nak dijadikan cerita, ada pulak orang jual payung kat situ., Bagus betul marketing dia. :)

Ingat nak redah je hujan sampai ke masjid jamek. Tapi macam impossible je. Jadi kami berjalan ke parking kereta dan terus ke masjid jamek untuk beli kain pasang. Malangnya kedai dah banyak tutup sebab waktu tu dah maghrib. Jadi tak dapatlah nak cari apa yang diinginkan.

Jadi kami teruskan perjalanan ke ioi mall untuk berjumpa dengan kawan abg ngah merangkap pakwe kak ja yang kami panggil abg M. Kami habiskan malam tu dengan berjalan-jalan dan menonton wayang cerita Ghost Rider 2. Cerita yang agak best. Yang penting aku banyak gelak sebab banyak yang tak masuk akal. Nak pilih tempat duduk pun satu hal. Kami berlima tapi kena pisahkan tempat duduk, kalau tak kami terpaksa duduk di barisan hadapan. Cadangan 1: berpecah 2 2 1. Jadi abg ngah akan duduk dgn kak ngah, kak ja akn duduk dgn abg M, aku pulak duduk sorang.. Haha. Kesian kan?? nak buat macam mana.. single lah katakan.. cadangan 2, lima org duduk di barisan depan. Bincang punya bincang akhirnya kami pilih cadangan ke dua.

Habis ghost rider, kami cari hotel untuk berehat. Sejurus selepas kami tempah hotel untuk satu malam, kami menjamah makanan di kedai mamak. Lepas penuhkan perut, kami pun berehat untuk bekalkan tenaga untuk hari seterusnya.

Keesokan harinya, kami berjalan lagi di Sungei Wang. AKu dan kak ja hanya tunggu dan lihat saja abg ngah dan kak ngah beli baju t-shirt. AKhirnya selepas dua jam masa yang dihabiskan di Sungei Wang, kami kembali ke masjid jamek untuk beli kain pasang. SAkan kak ja dan kak ngah beli belah. Aku hanya habiskan bateri BB dalam kereta. Kaki aku dah tak larat nak berjalan, maklumlah dua hari pakai high heels. Usai habis shopping kain pasang, kami terus ke shah alam untuk uruskan apa yang patut.

Malam tu kami pergi uptown untuk menghabiskan duit. Haha. Tapi aku tak ikut sebab aku temankan kawan baik aku, nadia. Banyak yang aku dan nadia borakkan. Lmbat jugak kami tidur. Maklumlah dah tiga bulan tak jumpa. Akhirnya pukul 3 mata aku dah melabuhkan tirainya.

Hari seterusnya merupakan hari shah alam. Hehe. Jadi aku, kak ngah, kak ja, abg ngah dan nadia shopping kat pkns dan the store pulak. Sempat jugak lah aku rembat seluar jeans ladylike satu. haha.. Lepas je menghabiskan duit, aku terpaksa pulang ke kolej sebab abg ngah and the geng akan bertolak ke perak pula. Nak berseronok kat sana pulak katanya. Untunglah. Tamatlah saja perjalanan ke KL dari Terengganu.