Blogger Layouts

28.2.12

kencing dalam bas

Hehe. Dah lama aku nak bercerita tentang ni. Tapi tak sempat. Sekarang ada jua masa yang dapat diluangkan untuk tulis cerita ni. Cerita ni agak kelakar dan geli sikit. Jadi, harap bersabar membaca. Haha.

Alkisah bermula apabila aku melangkah masuk bas sunny dari terengganu ke shah alam pada pukul 11 malam. Bila aku duduk di tempat aku, aku dapati tempat duduk sebelah aku adalah laki. Aku nak tengok wajah dia tapi tak dapat sebab gelap. Mana tahu kalau muka dia boleh tahan, boleh lah jugak aku masuk jarum. Haha. (sempat lagi!!).

Mulanya memang nervous duduk tepi laki ni. Tak senang duduk. Maklumlah takut dia tak suka ke. Last sekali semua perasaan nervous tu dah ilang dengan mimpi indah. Aku tertidur sambil musik mp3 telefon aku masih lagi berbunyi. Aku hanya terkejut bila sampai ke tempat rehat. Tapi aku memalaskan diri untuk turun, jadi aku sambung tidur. Hanya laki tu je yang turun. Jadi aku terpaksa berikan laluan untuk dia lalu.

Tanpa sedar masa yang bergerak dengan pantas, kami dah sampai di hentian putra. Dalam hati aku berfikir, laki ni nak turun ke tak. Last sekali dia turun jua. Akhirnya melambai dalam hati. Huhu. Tak sempat nak ngorat. Tapi aku gembira sebab akhirnya aku bebas untuk bergerak. aku pun dah tak mengantuk. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Aku pun ambil keputusan untuk bergerak ke tempat duduk budak laki tadi duduk sebab aku nak letakkan beg di tempat duduk aku. Tapiiii...

hati aku dah mula berbicara
"asal tempat duduk ni panas semacam je?"
"Mesti laki tu dapat banyak anak nanti. Haha. orang dulu-dulu kata kalu tempat duduk panas bakal dapat anak banyak."

beberapa saat kemudian...
"aik. lamanya panas. Takkan masih panas kot" aku pun sentuh kusyen tempat duduk tu.
"Aik nape basah pulak ni??" aku pun dekatkan tangan aku kat hidung. Mak aih!! bau hancing..
memang sah tu air kencing budak laki tadi. dan yang pasti dak laki tu baru kencing sebelum nak turun. Sebab masih panas. Tak tahan sangat kot. Ptutlah cepat-cepat je aku tengok laki tadi tu turun. Haha.

Hati aku dah gelisah. Dengan bau yang melekat di seluar jeans aku. Tambah pula seluar aku basah dengan air kencing tu memmang buat aku tak selesa sepanjang tunggu bas tu sampai ke shah alam. Sejurus je sampai ke seksyen 17, aku terus dapatkan taxi. sorry lah ye pak cik taxi sebab terpaksa kotorkan tempat duduk tu. Tapi aku memang terpaksa. Nak salin tak boleh. sebab benda tu dah melekat kat kulit aku dan aku kena mandi. Tapi tak ada tempat nak mandi kat situ.

Lepas je taxi tu hantar aku di seksyen dua. Aku pun tunggu bas u603 dgn sabar. Tapi kegelisahan aku ni menyebabkan aku hilang sabar. Jadi aku ambil keputusan untuk berjalan ke pintu belakang UiTM. Tapi malangnya pintu tu terkunci pulak. Aku tengok jam dah pukul 6 pagi. Oleh disebabkan u603 xkan lalu di tempat tu, aku terpaksa berjalan balik ke seksyen dua dan menuggu bas dengan penuh kesabaran.

SAmpai je bas, aku terus naik. Takut jugak aku kalu penumpang bas tu akan terbau something yang kurang enak. Jadi aku berdiri jauh dengan diorg. Oleh sebab aku tak nak cemarkan kerusi bas tu, aku hanya kekal berdiri selama beberapa minit. Last sekali aku sampai di kolej mawar. Lega sedikit hati aku. Aku pun berjalan menuju ke arah pintu pagar kolej mawar tapi hati aku pilu sebab pintu pagar tak bukak lagi. Dah pukul 6.45. aku kena solat subuh ni. Jadi aku ambil keputusan untuk memanjat pagar tu. Tanpa membuang masa, aku terus berlari menuju ke bilikku. AKhirnya sampai juga ke destinasi. Dan aku bersihkan semua yang perlu dibersihkan.

*moral of the story= jangan kencing dalam bas. Kesian kat orang lain. dan jangan lah sesuka aty je duduk tempat org tanpa check terlebih dahulu. huhuhu..*

No comments: