Blogger Layouts

21.1.12

Forget and Forgive!

Untuk melupakan apa yang orang lain dah buat mungkin senang tapi untuk memaafkan kesalahan tu sangat susah. Kadang-kadang pasti ada kebencian dan dendam yang tersemat, tapi tak salah untuk kita mencuba untuk memaafkan orang tu. Yang pasti, setiap orang melakukan kesilapan, termasuklah kita. Kalau kita nak orang lain memaafkan kesalahan kita, maafkan juga kekhilafan orang lain. Sesungguhnya kita hanya insan yang lemah. Renung-renung kan..

10.1.12

thinking..

Macam mana orang luahkan apa yang terbuku di hati macam senang sangat ye? Sedangkan aku sangat sukat tuk luahkan apa yang aku rasa. Bila aku baca blog orang lain, aku rasa cemburu. Senangnya dia bercerita itu ini di blog. Tapi nape aku susah sangat nak bagitaw apa yang aku rasa. Egokah aku?

Kebanyakannya bercerita tentang cinta, kehidupan dan pengalaman. Bila melawat tempat menarik je, terus berceloteh di semua laman sosial. Aku pulak tak tahu nak update apa. Haha..

Sebenarnya aku nak jugak nak update macam-macam. Tapi bila aku update tentang feeling aku aje, ada pulak yang cakap aku malukan dia. Haha. Ntahlah. Jadi bila aku rasa apa-apa, aku teragak-agak nak update laman sosial aku. Tapi aku pelik. Bila orang update pasal aku, xde pulak aku marah-marah. Aku diamkan diri je.

Susah kan jadi aku. Bila sedih, kena post benda-benda yang happy. Moga aku akan happy sendiri bila baca post aku tu. Haha. Kelakar kan. Bila happy, boleh lah aku post. Tapi tak boleh specific sangat gembira pasal apa. AKu hanya mampu senyum dan menangis sendiri. Susah jugak kan jadi orang public figure ni kan. Bila post yg bukan-bukan, orang akan fikir bukan-bukan, tanya yang bukan-bukan, cakap aku ini lah itulah. Haha. Bila lah agaknya aku boleh luahkan apa yang aku rasa??

Bilalah agaknya orang lain akan faham. Aku juga punya perasaan untuk diluah. Bukan untuk mengutuk tapi hanya untuk beritahu apa yang aku rasa. Tapi ntahlah. Mungkin aku akan teruskan hidup ni dengan sembunyikan apa yang aku rasa dan kekal gembira depan semua orang. :) yeah! i think that's the best. just me n my world.. only myself and ALLAH know bout my feelings.

im thinking bout a diary. But i know it's nonsense. Haha. Even i ve my own diary, my feelings cant be express,. Aku rasa hati aku dah keras jadi batu kot. Haha. Apa-apa pun, aku akan tabahkan hati dalam menempuhi semua rintangan hidup ni.