Blogger Layouts

19.12.11

Jangan Ikut Emosi. :)

Kadang-kadang kita terlupa untuk berfikir sejenak. Apa yang akan jadi kalau aku cakap macam tu? Apa akan jadi kalau aku buat macam tu?

Banyak yang bercakap ikut emosi, akhirnya berpecah belah. Andai api sudah marak, janganlah tuang minyak pulak. Apa kata kita jadi bijak, kalau ada api, kita tuanglah air.. Kan dah tak ada api. :)

Andai seseorang buat kesalahan, betulkan dia. Tapi bukan dengan cara yang sangat biadap.. Cuba betulkan dengan cara yang betul. Berikan dia nasihat. Tak salah untuk protes sana sini tapi jangan sampai menjatuhkan maruah org tu. :)

Andai anda melakukan apa jua kesalahan, bila ada yang menegur, cubalah ambil teguran tu dengan hati yang terbuka dan cuba betulkan. Bukannya tak nak dengar langsung. Bila itu yg terjadi, pasti orang yg ingin betulkan kesilapan anda akan naik marah. Kita sama-sama manusia. Tegur menegur, saling ingat mengingati itu tak salah. Malah, lebih bagus.. Kerana dengan teguran itu, kita dapat perbaiki kesilapan yang lepas. Malah, jika tiada lagi yang ingin menegur anda, anda akan sesat dalam kebatilan selamanya. Jadi, hargailah setiap teguran yang anda terima, sebelum semua orang penat untuk menegur dan membiarkan anda sesat selamanya :)

Sebelum bercakap, jangan terlampau ikut emosi dan andaikan yang bukan-bukan. Kerana dengan tanggapan yang bukan-bukan dan luahan yang tidak berasaskan pemikiran yg matang hanya akan mendatangkn kemarahan orang lain. Sama-sama lah kita berfikiran lebih optimis dalam semua perkara. Adalah lebih baik kita berfikiran positif agar tiadanya pergaduhan kerana salah faham. :)

Jangan mudah percaya pada kata orang. Cuba kita renungkan dan berfikir sebelum kita anggap yang bukan2. Gunakan akal, buktikan kesahihan, barulah kemukakan sesuatu fakta. Pemuda pemudi zaman sekarang mudah sangat terpengaruh pada hal yang tidak betul. Cuba kita siasat dulu kesahihan maklumat itu. Baru boleh percaya samada perkara itu benar atau sebaliknya. :)

*p/s: Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.. dan semoga hari esok lebih daripada hari ini. Kaizen :) Jom Jadi Bijak!

No comments: