Blogger Layouts

30.12.11

i Love fullmusik

Haha.. Agaknya kebelakangan ni aku dah jadi giler contest. Pantang tengok contest, pasti aku nak join.. Sebenarnya ada sebab-sebab tertentu. Kalau dulu aku sangat tak suka join mana-mana contest sebab bagi aku contest ni untuk orang tak ada kerja aje. Tapi bila aku fikir balik dan aku sendiri alaminya, aku rasa contest ni satu keperluan juga. Terima kasih pada siapa jua yang buat mana-mana peraduan dan bagi peluang pada kami semua untuk turut merasa bahagia.. :)

Baiklah. Sekarang aku nak jawab soalan.. hehe.. Soalan pertama. "Kenapa nak sangat menang hadiah yang disediakan oleh fullmusik??"

1. Aku nak sangat menang sebab aku memang tak ada kamera sebelum ni. Setiap kali aku keluar jalan-jalan atau pergi mana-mana majlis, ingin sekali aku titipkan kenangan bersama rakan-rakan ku dan orang tersayang. Tapi aku hanya mampu tersenyum pahit melihat rakan-rakan lain menayangkan kamera masing-masing. Dengan gahnya berposing depan kamera mereka. Tapi aku? Aku cuma dapat menggunakan kesempatan yang ada berposing sama walaupun aku tahu, kenangan itu hanya akan ada di benak minda ku saja.
Ingin sekali aku hakiki kan kenangan itu dengan gambar-gambar, agar suatu hari nanti aku boleh ditilik waktu rambut aku sudah beruban. (jauh betul melayang). Haha. Tapi sememangnya aku sangat idamkan kamera tu. Sekurang-kurangnya kenangan aku bersama orang yang aku sayang tak akan terpadam begitu sahaja. :)

2. Novel 'sisa sebuah cinta'?? Wah! Nak3. Aku pernah jejakkan kaki di MPH hanya semata-mata nak cari novel baru. Tup2. Aduh duit tak cukup. Haha. Tapi aku nak tahu sangat apa yang jadi pada Renda apabila Ahmad Firasz hadir dalam hidupnya. Dan adakah cinta nya yang baru dapat memulihkan luka di hati Renda.? Aku nak tahu sangat. Baik hatinya pihak fullmusik nak bagi.. :)

3. Aku nak menang hadiah yang disediakan kerana aku orang yang tak mampu. Sob3. Aku nak juga merasa kegembiraan seperti orang lain. Aku cuba bermimpi.. Bermimpi andai ada seorang putera meminang aku, alangkah bahagianya. Namun, aku tahu itu semua angan-angan mat jenin. WAlaupun aku tahu, tidak sepatutnya aku mengungkit, tapi aku juga punya perasaan. Aku juga manusia biasa yang ingin merasai walaupun secebis kegembiraan.

Aku sudah jelik melihat orang lain yang cukup megah menayang kemewahan mereka. Aku hanya mampu melihat dari jauh.. Senyum saja apabila mereka cuba menunjuk-nunjuk. Tapi jauh di sudut hatiku, hanya tuhan saja yang tahu. Semoga mereka kembali ke jalan yang lurus :)

Yeah! Next question please... "berapa lama dah guna fullmusik di blog?"

----- ok.. Sejak aku mula jejakkn kaki ke dunia blogging, aku cari.. dan terus mencari.. Macam mana nak letak lagu dalam blog ni ye?? Aku mula merisik pertanyaan tu pada rakan yang lain. Kata mereka selalu guna fullmusik. Pada mulanya, aku masih lagi degil dan ingin mencari jawapan sendiri. Jadi aku ada buat research mana yang terbaik.. Ada beberapa link yang menarik perhatian aku. Tapi kebanyakannya, kita kena tekan play, atau pun lagu tu akan berhenti lepas sekali main. Tak bestnya. Desis hatiku.

----Akhirnya aku nekad dan guna fullmusik. :) Sebab tak perlu tekan play, lagu akan berulang bila dah habis secara automatic dan up-to-date. Terima kasih kerana berikan perkhidmatan yang terbaik. Aku mula berblogging sejak March 2010. Tapi aku ambil masa sebulan buat research pasal blog ni, hehe. (lamanya). AKu nekad guna fullmusik sejak April 2010. Jadi, dah 20 bulan aku guna fullmusik. Aik, mana lagi dua bulan? Haha. Sebab ada saat tu, aku sedih dan tak nak letak apa-apa lagu di blog aku.

---- Jika anda semua berminat.. Cuba lah layari laman web ni

Fullmusik best sangat.. :) I love it..!!

No comments: