Blogger Layouts

3.11.11

Personal Biodata

Haha.. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Suka sangat minta biodata. Apa tu biodata sebenarnya? Biodata ni merupakan satu pengenalan diri kita. Mr. Wikipedia cakap biodata ni sejenis fakta soalan mengenai kehidupan dan pengalaman kerja serta perkara yang melibatkan pendapat seseorang. So, nak dirumuskan kat sini, biodata tu tentang personaliti kita lah.

Dulu-dulu kan, aku tak tahu nak tulis apa bila kawan aku minta isi biodata dalam buku comel-comel dia. Biasanya pempuan lah yang suka sangat buat kerja-kerja macam ni. Tulis pasal diri sendiri then tanda tangan, then kaler-kaler (cat-cat bagi cantik).

Haha. Katanya nak buat kenangan.. Bila berpisah je, kalu dia teringat kat kita, dia tengok lah biodata kita. Haha. Budak-budak kan. Tapi masa tu memang budak-budak pun. Baru sekolah rendah.

Tapi kan entah ke mana lah agaknya buku biodata tu sekarang? Agaknya dah buang ke laut kot. Tak kan lah nak simpan lagi benda yang kebudak-budakan tu masa dah besar ni.. Kalau ada yang masih simpan tu, aku respect lah.. Maknanya orang tu sangat hargai persahabatan, Tapi berguna ke buku tu?. Masa jumpa kawan lama, mungkin ada yang dah berubah. mungkin waktu kecik-kecik dulu suka kaler hitam, sekarang dah suka kaler putih. Who knows rite? So, macam tak ada gunanya buat buku tu.. Tapi bila tengok buku tu balik, mesti sengih macam kerang busuk. Haha. Teringat balik memori lama. Memori time manis-manis dulu. Saat belum kenal lagi tanggungjawab. Hidup nak seronok ajer.

Nak buat biodata jugak lah.. Nak??? Haha.. Biodata ni rahsia tau. Kita-kita je tahu. Jangan tunjuk kat orang tau.. :p




Ok. Itu jer tentang diri aku.. Hehe.. Nak tahu lagi?? Be my friend.. and u will know a lot of things that interesting about me.. Selamat Berkenalan.. :)

1 comment:

nurul said...

to be honest .

serious lwk bile pk blik . nice la :)