Blogger Layouts

6.11.11

Hari Pertama di AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kenalan dan blogger sekalian. Harap semua bergembira di hari yang mulia ni. Ok. Start journey hari raya aku....

6.30 Pagi..
---Usai solat subuh, mata aku berat je. Macam ada bata je atas mata aku. Haha. Aku berfikir, nak tido atau nak pergi bersiap untuk solat raya. Argh!! Mengantuknya!!! Akhirnya aku tak dapat nak menahan nafsu tidurku.. Rebahlah badan ku atas katil yang empuk tu. Haha. Bukan aku yang salah taw. Tilam tu syok sgt dan memanggil-manggil aku. Aku dah nak pergi bersiap. Tapi tilam best je, aku pun tidur lah,, hehe.

7.45 Pagi..
--- "adik, bangun," mak aku dah panggil. Tapi aku masih bersenang lenang atas katil.
" Malasnya nak bangun,"ku bermonolog sendiri. Hehe.
Tapi aku gagahkan juga badan aku untuk bergerak ke bilik air. Mesti sejuk mandi kat kampung ni kan. Dahlah aku mandi kat bilik air kat dapur.. Malu den nak keluar. Perkara pertama yang perlu aku buat ialah gosok baju raya ku. WAh, cantiknya. (perasan je lebih). setelah berpanas-panas gosok baju dan tudung, aku terus sejukkan badan ku dengan air kolah. Huhu..
"sejuk-sejuk" menggigil badan aku. Pagi-pagi dah mandi air sejuk. Elok ke ek? Ntah lah. Yang penting badan aku slesa dan bertenaga balik. Tak ngantuk dah.. Time tuk pakai baju. Meh nak tunjuk baju apa yang aku pakai.
Baju ni baju lama. Haha. Bukan baju baru taw. Malas nak beli baju raya. Yang penting selesa dipakai. Baju ni aku baru pakai 2 kali sebelum ni. Masa raya di rumah dan raya di MRSM KT pada tahun 2009. Dulu pakai dengan tudung putih, tapi tudung putih aku tak ingat nak bawak balik. Terpaksa lah pakai dengan tudung itam. Haha. Agak lawak jugak lah. DAhlah baju ni jarang. Inner putih pun tak ada. Terpaksalah pakai baju t-shirt. AKu nampak berisi sikit. Haha. SApe suruh tak bawak balik baju. Kan dah tak betul jadinya. =.="

8.00 pagi..
--- "Malas nya nak pergi. Tidurlah kejap. Nanti bangun lah."hatiku berbisik.
Akhirnya aku terlelap.

8.45 pagi..
--- "adik, pergi solat tak ngan abang tadi?"
"Haha, Tak gi pun. Malas pulak. Lagipun abang pergi pun dah lewat. Orang lain mesti dah solat."
"itulah. Tadi orang suruh bersiap awal-awal, tak nak. Kalau tak, dah boleh pergi surau dengan mak."
"Tak apa lah. Hehe."

Akhirnya aku terlepas sembahyang raya. SApe suruh malas sangat nak bersiap awal. Kan dah terlepas. Tak Apalah. Moga next year aku dapat sembahyang raya. (moga panjang umo)

Mak, ayah, abang long, abang ngah, abang cik dan abang teh pergi sembelih lembu korban. Kak long(kak ipar) tak ikut sebab dia perlu jaga anaknya Naufal (2 tahun) kat umah. Aku?? AKu pun terpaksa terperap kat rumah. Kena layan tetamu lah katakan. Jadi aku tak boleh pergi mana-mana.

Nak buat apa lagi? Makan dan tonton tv lah jawabnya.. Aku breakfast apa ari ni? Hehe. Tadaa!

Laksa penang~~ hehe.. dengan teh o ais.. Mana aisnya? dah cair..

9.30 pagi..
--- jom3. Hehe. Jom kawan2, tolong aku buat sup tulang. Pandai ke? Tak ada lah. Aku just tolong tengok jer. Bukan malas nak tolong, cuma dah ramai sangat yang tolong. AKu cuma basuh-basuh pinggan,susun pinggan dan buat air. Sambil-sambil tu aku kena jaga Naufal(anak abg long) dan Danish (anak abg cik). Dua-dua pun comel. Macam mak sedara dia.. Haha (perasan).

1.30 petang..
---Jemput makan. Jangan jelez. Makanan dah siap dihidangkan. MAsa untuk makan. :) nak??
tengok gambar jelah ek. :p



Hah~~sory lah ye.Gambar ni di ambil after semua family aku dah makan. So, apa tunggu lagi? Ada lebih tu. Ambil lah.. (kalu boleh lah kan..)

Apa yang best raya aidiladha kali ni? Family aku bertambah ramai dan semua ada kat sini. Yeah! dan yang paling penting, menu utama raya kali ni, sup tulang + laksa penang.

Apa yang dikorbankan? Orang cakap hari raya aidiladha merupakan hari raya korban. So, sama-sama lah kita korbankan benda yang buruk dan serap benda yang baik-baik pula. apa korban aku untuk tahun ni?? AKu korbankan......

CINTA.. Yap,, aku korbankan cintaku demi famili dan agamaku. Moga hidup aku dan si dia diberkati.. Dan kepada semua, sekali lagi aku ucapkan selamat ary raya aidiladha. Maaf andai ada yang terguris. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang mudah melakukan kesilapan. Maafkan aku.. (^.^)

No comments: