Blogger Layouts

7.11.11

hari kedua berhari raya Aidildha

Hari ni tak banyak agenda. Bangun pagi, siap-siap untuk pergi kenduri kahwin. Seronok berjumpa sanak saudara yang dah lama tak nampak. Maklumlah, dah lama tak belik kampung. Kalau balik pun, aku tak gi merayap sangat. Terperap dalam rumah je.

Dengar kata, pak sedara aku dah berjaya menyatukan isteri-isterinya. Betul kah? Mulanya macam tak percaya. Tiba-tiba dua buah kereta sampai di perkarangan rumah pengantin. Sah. Memang betul. Mereka berdua datang sekali. Tak pernah-pernah datang sekali. Kalau isteri pertama yang datang, isteri kedua tak datang, tak pun tak datang terus. Begitulah juga kalu isteri kedua datang, isteri pertama akan datang lewat, atau tak datang terus. Alhamdulillah. Di hari yang mulia ni, akhirnya mereka berbaik. Syukur ke hadrat ilahi.

SAmbil melihat pengantin nikah di dalam masjid, mata aku terpaku sebentar melihat seseorang yang begitu cantik dengan baju kebaya, rambutnya yang lurus dan diwarnakan dan mekap yang cukup tebal. Haha. Perli sebenarnya. Aku dan kaum kerabatku dah mengumpat. Tak elok mengumpat dalam masjid, tapi tercakap jugak. Haha. Riuh sebentar di kalangan sanak sedara aku tu. Bergosip.

Usai upacara pernikahan, aku makan hidangan yang disediakan. DAging lagi??!! haha. Maklumlah.. Raya korban. Usai makan-makan, aku dan famili aku terus balik sebab abang cik aku perlu kerja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berhenti di rumah pak cik Dahlan. (Kawan ayah aku). Majlis kesyukuran. Kami hanya jumpa tuan rumah, dan terus balik. Tak menjamah makanan pun sebab kami dah kenyang.

Sampai rumah, ingat nak tidur kejap. Letih berjalan. Nampaknya tak dapatlah aku nak rehat. Mak aku dah suruh aku pergi rumah jiran. Jiran aku bertunang. WAh, awal giler! umur sama dengan aku. SAma sekolah dengan aku dulu. Sekarang dah nak jadi bini orang. NAK KAHWIN JUGAK!!! haha.. best kahwin awal. :)

Tak lama aku duduk rumah jiran aku tu, aku balik rumah. Aku solat zohor dan terus tidur. Aku dah tak mampu untuk tahan mata aku.

----------------

bangun dari tido, aku cari makanan.. lapa!

---------------

"malasnya nak packing barang" Aku terpaksa balik malam ni jugak. Sebab tiket dah beli awal. WAlaupun esok masih tak ada kelas, aku terpaksa balik shah alam jugak. Habislah cerita raya aidildha di rumah ku. :) dengan berat hatinya ku melangkah masuk ke dalam bas sunny.. jumpa lagi after dah abis exam t.. sayonara

No comments: