Blogger Layouts

1.11.11

Kerja Gila!

~~~ringtone phone champ berbunyi ~~~

"Hello.. wei, da bangun lum?? Solat subuh!!"
"yeyeyeye",aku jawab ala kadar jer. Malas nya nak bangun tido.

Usai mandi dan solat subuh, aku bersiap-siap nak ke intekma. Huhu.. Dengan keadaan yang mengantuk tu, aku tetap gagahkan diri.. Kalau diikutkan hati, aku nak sleep je atas katil aku yang dah lama memanggil-manggil hati aku. Argh!!! Tapi aku perlu kuatkan diri demi insan yang tersayang.. FIGHT ooooo OH! ;)

Tada! Dah siap. Dah nak pukul 8 pagi. Dah tiba masanya untuk aku dan miss N gerak ke bus stop. JOm!!!

"wei,nak sarapan tak? Lapar lah", perut aku dah berkeroncong ni.
"mm.. Boleh jugak. Tapi kafe bukak ker?", miss N bertanya.
"Jomlah tengok bukak ke tidak."
"Eh!! Bas!!", terkejut aku. Kuat betul suara miss N ni. Kami lupakan niat untuk sarapan terus kejar bas. Wah, marathon pagi-pagi. Penat2..

Kepenatan kami dibuatnya. Pagi-pagi dah berlari. Dengan selipar aku yang dah tak berapa nak berfungsi. Nak kena beli yang baru ni. Ok sekarang kami menuju ke seksyen 2 untuk sarapan..

Sampai jer seksyen 2,kami terus mencari roti canai tapi malangnya tak jumpa. :( so, we decide nak makan nasi lemak je.

"Cepatlah!! Dah tak sabar."
"iskh, sabar lah.. tak larinya H tu. ada kat situ jugak." itulah. Kalau dah rindu sangat, sesaat bagaikan satu jam. nak jumpa prince of tennis kan.. memang lah tak sabar.

Usai sarapan, kami terus berjalan kaki ke Intekma. Haa.. Aku pun dah tak berapa sure mana satu jalan menuju ke Intekma. AKu main redah ajelah. Ikut logik. Kalau jumpa, jumpa lah. Kalau tak jumpa, kita jalan lagi. Hahaha. Then tak sampai 15 minit berjalan, kami dah sampai ke destinasi cinta. Haha.. (tapi letih sob3) INTEKMA. Tanpa membuang waktu, kami terus mencari gerangan prince of tennis ni.

"Mana court tenis ni? Kata belakang dewan?", miss N dah tak sabar.
"Mana lah aku tahu, aku biasanya datang tak pernah pulak jumpa court tennis." walaupun dah 36o kami berjalan, tapi tak jumpa jugak court tu.. Nak tanya orang segan. Hehe. Itulah. Orang kata if tak tanya, sesat jalan. Kan betul. Sekarang dah sesat. setelah 10 minit berlalu mencari court tu, akhirnya kami jumpa signboard court tennis. Yeah!! bahagianya rasa.

"Aik, kenapa kosong jer court ni? Court nya ada tapi orang nya tak ada."
"Tanya lah H tu, dia ada kat mana"
"Malu lah"
"N.. Kita dah datang jauh-jauh ni, tanya jelah. Nak malu buat apa"
"Ok. Jap aku call.."

"Dia tak angkat lah."
"Maybe tengah training tennis kot. Tapi kat mana?" Setelaah aku berfikir sejenak..

"N.. dia cakap dia training kat mana?"
"Intec. kenapa? Tapi tak ada orang pun"
"Lah!! Intec bukan kat sini. Ini intekma bukan Intec.. Haha. Kita dah tersalah. Patutlah court tennis ni tak ada orang jer."
"Lah, yeker?" Haha. Abis tu macam mana ni?"
"Jom kita jalan ke seksyen 2 balik then naik bas U529 ke seksyen 17."
"Apa?? nak jalan balik ke seksyen 2? Jauh lah. Dahlah letih ni"
"Iskh kau ni. Nak jumpa H ke tak? Kata rindu."
"Nak tu memang nak. Tapi jomlah kita tumpang kereta orang"
"Pergilah cari orang yang boleh tumpangkan"

Setelah penat menebalkan muka minta ditumpangkan, akhirnya ada juga yang sudi hantar kami ke seksyen 2. Sampai je kat seksyen 2, kami menunggu bas U529. Tapi macam lambat sangat lah pula.

"Jom amik teksi"
"Ok.. APa2 jelah demi yang tersayang. Prince of tennis kan."

Kami terpaksa melintas untuk dapatkan teksi seberang sana. Sampai je di seberang, kami ternampak bas mini yang bergerak ke seksyen 17. Haa. Tanpa membuang masa, kami terus naik bas mini tu., Dalam kepenatan mengejar bas, kami tersenyum sendiri dalam bas mini tu. Kerja gila betul... Tapi tak apa. Semata-mata nak jumpa prince of tennis, kami redahkan juga.. Haha

Tibanya di INTEC, kami ditegur oleh pak guard kat sana..

"student ke?"
"ya"
"tahu kan ari ni kena berpakaian formal kan. Sebagai student UiTM, kenalah ikut peraturan. Student card mana?"
"Ada"
"Kali ni saya lepaskan kamu berdua. Lain kali jangan buat. Gantung kad matrik"
"ok"

Kami berlalu dan mencari di mana MR H yang di cari-cari tu.. Sebenarnya kami datang ke Intec semata-mata nak jumpa MR H, iaitu special frend Miss N. Alahai.. apa lah.. Dengan aku sekali terlibat dalam kerja gila ni, Nak buat suprise, tapi takjadi. Haha.. Akhirnya dapatlah Miss N melepaskan rindu yang terpendam setelah bersusah payah datang ke INTEC.

No comments: