Blogger Layouts

30.12.11

i Love fullmusik

Haha.. Agaknya kebelakangan ni aku dah jadi giler contest. Pantang tengok contest, pasti aku nak join.. Sebenarnya ada sebab-sebab tertentu. Kalau dulu aku sangat tak suka join mana-mana contest sebab bagi aku contest ni untuk orang tak ada kerja aje. Tapi bila aku fikir balik dan aku sendiri alaminya, aku rasa contest ni satu keperluan juga. Terima kasih pada siapa jua yang buat mana-mana peraduan dan bagi peluang pada kami semua untuk turut merasa bahagia.. :)

Baiklah. Sekarang aku nak jawab soalan.. hehe.. Soalan pertama. "Kenapa nak sangat menang hadiah yang disediakan oleh fullmusik??"

1. Aku nak sangat menang sebab aku memang tak ada kamera sebelum ni. Setiap kali aku keluar jalan-jalan atau pergi mana-mana majlis, ingin sekali aku titipkan kenangan bersama rakan-rakan ku dan orang tersayang. Tapi aku hanya mampu tersenyum pahit melihat rakan-rakan lain menayangkan kamera masing-masing. Dengan gahnya berposing depan kamera mereka. Tapi aku? Aku cuma dapat menggunakan kesempatan yang ada berposing sama walaupun aku tahu, kenangan itu hanya akan ada di benak minda ku saja.
Ingin sekali aku hakiki kan kenangan itu dengan gambar-gambar, agar suatu hari nanti aku boleh ditilik waktu rambut aku sudah beruban. (jauh betul melayang). Haha. Tapi sememangnya aku sangat idamkan kamera tu. Sekurang-kurangnya kenangan aku bersama orang yang aku sayang tak akan terpadam begitu sahaja. :)

2. Novel 'sisa sebuah cinta'?? Wah! Nak3. Aku pernah jejakkan kaki di MPH hanya semata-mata nak cari novel baru. Tup2. Aduh duit tak cukup. Haha. Tapi aku nak tahu sangat apa yang jadi pada Renda apabila Ahmad Firasz hadir dalam hidupnya. Dan adakah cinta nya yang baru dapat memulihkan luka di hati Renda.? Aku nak tahu sangat. Baik hatinya pihak fullmusik nak bagi.. :)

3. Aku nak menang hadiah yang disediakan kerana aku orang yang tak mampu. Sob3. Aku nak juga merasa kegembiraan seperti orang lain. Aku cuba bermimpi.. Bermimpi andai ada seorang putera meminang aku, alangkah bahagianya. Namun, aku tahu itu semua angan-angan mat jenin. WAlaupun aku tahu, tidak sepatutnya aku mengungkit, tapi aku juga punya perasaan. Aku juga manusia biasa yang ingin merasai walaupun secebis kegembiraan.

Aku sudah jelik melihat orang lain yang cukup megah menayang kemewahan mereka. Aku hanya mampu melihat dari jauh.. Senyum saja apabila mereka cuba menunjuk-nunjuk. Tapi jauh di sudut hatiku, hanya tuhan saja yang tahu. Semoga mereka kembali ke jalan yang lurus :)

Yeah! Next question please... "berapa lama dah guna fullmusik di blog?"

----- ok.. Sejak aku mula jejakkn kaki ke dunia blogging, aku cari.. dan terus mencari.. Macam mana nak letak lagu dalam blog ni ye?? Aku mula merisik pertanyaan tu pada rakan yang lain. Kata mereka selalu guna fullmusik. Pada mulanya, aku masih lagi degil dan ingin mencari jawapan sendiri. Jadi aku ada buat research mana yang terbaik.. Ada beberapa link yang menarik perhatian aku. Tapi kebanyakannya, kita kena tekan play, atau pun lagu tu akan berhenti lepas sekali main. Tak bestnya. Desis hatiku.

----Akhirnya aku nekad dan guna fullmusik. :) Sebab tak perlu tekan play, lagu akan berulang bila dah habis secara automatic dan up-to-date. Terima kasih kerana berikan perkhidmatan yang terbaik. Aku mula berblogging sejak March 2010. Tapi aku ambil masa sebulan buat research pasal blog ni, hehe. (lamanya). AKu nekad guna fullmusik sejak April 2010. Jadi, dah 20 bulan aku guna fullmusik. Aik, mana lagi dua bulan? Haha. Sebab ada saat tu, aku sedih dan tak nak letak apa-apa lagu di blog aku.

---- Jika anda semua berminat.. Cuba lah layari laman web ni

Fullmusik best sangat.. :) I love it..!!

Satu Hari Je Lagi??

Aku dah buntu.. Makin ku tunggu, makin kuat debaran yang ku rasakan. Esok merupakan penenu kehidupan aku. Tapi aku tak mampu untuk bertindak lagi. Aku cuma boleh berdoa dan bertawakal agar nasib menyebelahi aku.

Aku sangat perlukannya untuk masa depanku. Tolonglah. Aku tak mampu nak hidup tanpa dia di sisi. Tapi aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tolonglah. Berikan aku peluang untuk memeilikimu. Aku tak akan membazir dah. Aku janji.

Aku akan jaga dia elok-elok. Aku akan agihkannya di banyak tempat agar aku tidak akan sentuhnya lebih-lebih. Aku akan cuba simpan.. Simpan seboleh mungkin. Tolonglah.. Berikan peluang..

p/s: si dia bukan orang. Jangan salah faham. :)

27.12.11

Surat layang menyentuh hatiku

-My lovely best friend-

Every single person in this world must have friends that accompany him/her include me. In this life, it’s very difficult to be alone moreover when we have a problem. Sometime the person can change our life. But not everyone has a good friend. I’m so lucky because I have a friend that always supports me. Her name is Hafizah Binti Ibrahim. She is my best friend forever and ever.

I just call her Fizah. She stays in her beautiful yellow painted house at Kg Alor Tembesu, Jalan Tok Fakir, Merchang, 21610 Marang, and Terengganu. She has a good looking eyes, nature beauty face, small lips and long black hair. She can attract many people with her pretty face. Moreover, she is the cutest between all my friend and I. She is a kind, hardworking, helpful and caring girl. She is a nature lover and likes adventure. Fizah has five siblings. Now she studies at MRSM Kuala Terengganu. Her father’s occupation is farmer. She’s not rich like anyone else. She just likes me. We always spend time together.

We start our friendship when we are in standard five. A long time ago, I live at kg Tok Fakir. It’s very far from her house but it’s near to my school. It’s just walking distance. But now I live near at her house. So, it is very convenient for me to meet with her. I always go there to finish our homework together. There is nothing can separate us. Sometime I really stress when I have a problem but she care about me. She always makes me calm down and relax.

I still remember my old attitude. I’m not like other girl. I’m not polite as now. My attitude is very bad so, many pupils don’t like me. Everyone hates me. I just don’t get it. Why everybody try to push me? I feel that I’m alone and in dark magic. It’s really worse. Every time I went to school, I always look at my watch. I don’t have self-confidence. My spiritual and emotional was down. I can’t think what is the best for me. And then I try to change my attitude but I fail. After that, fizah come to me. I push her. I feel that she same with other people. I don’t want anyone sympathize with my condition. I want a friend who sincere to accompany me. But she never gives up being my friend. After a few weeks, I realize that she really want to be my friend. I’m very happy because there is someone realizes that I exist in this world. She always support me whatever I do. Sometime she advises to change my habit. So, I try. And then I succeed. I’m really thankful because at last I can change with her help. My night mare was gone.

When I’m in form 1, I studied in the same class with her. I had been fight with her because we are in love with the same guy. It’s really embarrassed me. After that, we became enemy. I don’t know how we can back like a long time ago. Moreover, the guy was not in love with both of us. He already had a special girlfriend. I don’t want to be her enemy. She’s like my sibling. So, I try to get any hand from other person. I really can’t believe that the guy want to help me settle the problem. Thank to the guy because Fizah and I back again.

Until now, I’m still her friend. Nobody can replace her in my heart. She’s different. That why I really love her as my best friend. I hope she feel the same thing. Every second I spend with her is sweet memory. I don’t the same mistake when we were in form 1 happen again. I hope this relationship will continue until we die. THE END

19.12.11

Jangan Ikut Emosi. :)

Kadang-kadang kita terlupa untuk berfikir sejenak. Apa yang akan jadi kalau aku cakap macam tu? Apa akan jadi kalau aku buat macam tu?

Banyak yang bercakap ikut emosi, akhirnya berpecah belah. Andai api sudah marak, janganlah tuang minyak pulak. Apa kata kita jadi bijak, kalau ada api, kita tuanglah air.. Kan dah tak ada api. :)

Andai seseorang buat kesalahan, betulkan dia. Tapi bukan dengan cara yang sangat biadap.. Cuba betulkan dengan cara yang betul. Berikan dia nasihat. Tak salah untuk protes sana sini tapi jangan sampai menjatuhkan maruah org tu. :)

Andai anda melakukan apa jua kesalahan, bila ada yang menegur, cubalah ambil teguran tu dengan hati yang terbuka dan cuba betulkan. Bukannya tak nak dengar langsung. Bila itu yg terjadi, pasti orang yg ingin betulkan kesilapan anda akan naik marah. Kita sama-sama manusia. Tegur menegur, saling ingat mengingati itu tak salah. Malah, lebih bagus.. Kerana dengan teguran itu, kita dapat perbaiki kesilapan yang lepas. Malah, jika tiada lagi yang ingin menegur anda, anda akan sesat dalam kebatilan selamanya. Jadi, hargailah setiap teguran yang anda terima, sebelum semua orang penat untuk menegur dan membiarkan anda sesat selamanya :)

Sebelum bercakap, jangan terlampau ikut emosi dan andaikan yang bukan-bukan. Kerana dengan tanggapan yang bukan-bukan dan luahan yang tidak berasaskan pemikiran yg matang hanya akan mendatangkn kemarahan orang lain. Sama-sama lah kita berfikiran lebih optimis dalam semua perkara. Adalah lebih baik kita berfikiran positif agar tiadanya pergaduhan kerana salah faham. :)

Jangan mudah percaya pada kata orang. Cuba kita renungkan dan berfikir sebelum kita anggap yang bukan2. Gunakan akal, buktikan kesahihan, barulah kemukakan sesuatu fakta. Pemuda pemudi zaman sekarang mudah sangat terpengaruh pada hal yang tidak betul. Cuba kita siasat dulu kesahihan maklumat itu. Baru boleh percaya samada perkara itu benar atau sebaliknya. :)

*p/s: Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.. dan semoga hari esok lebih daripada hari ini. Kaizen :) Jom Jadi Bijak!

21.11.11

haha.. mds

mds kali ni agak pudar sebab banyak sgt ceramah dan ceramah.. haha.. masa pun agak singkat. jadi tak banyak aktiviti yang boleh diadakan. Nasib baik buat kat kampus puncak perdana. Best!.

Jadi timbalan pengarah kolej? Haha.. apa kerjanya? Aku ingat nk jadi biro program. best sikit. Tapi apakan daya, bersyukurlah. Timbalan pengarah kolej kot.. tinggi tu!. tapi apa kerja nya? kalu dulu aku tgok t.p macam tak ada kerja pun. Tak berapa nak popular sgt pun. huhu. tapi bagi aku setiap jawatan itu ada kepentingannya. Jadi aku akan tunaikan setiap tugas yang diberikan :)

Jadi timbalan pengarah, sangat senang.. mengarah orang jer. Tapi bagi aku, t.p perlu pastikan semua berjalan lancar.. so, kena lah aku amik taw semua perkara..

Berlakon?? haha.. ada satu malam tu aku kena berlakon.. sbnrnya aku xnk berlakon tapi trpaksa jugak. kalu nak diikutkan hati, aku tak nak mainkan perasaan PB. sebab aku kecian kan diorg, but i have to.. sebab ni untuk kebaikan mereka jugak. apa2 pun.. i love all PB.. serius.. !!

btw, MDS best! hehe

7.11.11

hari kedua berhari raya Aidildha

Hari ni tak banyak agenda. Bangun pagi, siap-siap untuk pergi kenduri kahwin. Seronok berjumpa sanak saudara yang dah lama tak nampak. Maklumlah, dah lama tak belik kampung. Kalau balik pun, aku tak gi merayap sangat. Terperap dalam rumah je.

Dengar kata, pak sedara aku dah berjaya menyatukan isteri-isterinya. Betul kah? Mulanya macam tak percaya. Tiba-tiba dua buah kereta sampai di perkarangan rumah pengantin. Sah. Memang betul. Mereka berdua datang sekali. Tak pernah-pernah datang sekali. Kalau isteri pertama yang datang, isteri kedua tak datang, tak pun tak datang terus. Begitulah juga kalu isteri kedua datang, isteri pertama akan datang lewat, atau tak datang terus. Alhamdulillah. Di hari yang mulia ni, akhirnya mereka berbaik. Syukur ke hadrat ilahi.

SAmbil melihat pengantin nikah di dalam masjid, mata aku terpaku sebentar melihat seseorang yang begitu cantik dengan baju kebaya, rambutnya yang lurus dan diwarnakan dan mekap yang cukup tebal. Haha. Perli sebenarnya. Aku dan kaum kerabatku dah mengumpat. Tak elok mengumpat dalam masjid, tapi tercakap jugak. Haha. Riuh sebentar di kalangan sanak sedara aku tu. Bergosip.

Usai upacara pernikahan, aku makan hidangan yang disediakan. DAging lagi??!! haha. Maklumlah.. Raya korban. Usai makan-makan, aku dan famili aku terus balik sebab abang cik aku perlu kerja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami berhenti di rumah pak cik Dahlan. (Kawan ayah aku). Majlis kesyukuran. Kami hanya jumpa tuan rumah, dan terus balik. Tak menjamah makanan pun sebab kami dah kenyang.

Sampai rumah, ingat nak tidur kejap. Letih berjalan. Nampaknya tak dapatlah aku nak rehat. Mak aku dah suruh aku pergi rumah jiran. Jiran aku bertunang. WAh, awal giler! umur sama dengan aku. SAma sekolah dengan aku dulu. Sekarang dah nak jadi bini orang. NAK KAHWIN JUGAK!!! haha.. best kahwin awal. :)

Tak lama aku duduk rumah jiran aku tu, aku balik rumah. Aku solat zohor dan terus tidur. Aku dah tak mampu untuk tahan mata aku.

----------------

bangun dari tido, aku cari makanan.. lapa!

---------------

"malasnya nak packing barang" Aku terpaksa balik malam ni jugak. Sebab tiket dah beli awal. WAlaupun esok masih tak ada kelas, aku terpaksa balik shah alam jugak. Habislah cerita raya aidildha di rumah ku. :) dengan berat hatinya ku melangkah masuk ke dalam bas sunny.. jumpa lagi after dah abis exam t.. sayonara

6.11.11

Hari Pertama di AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua kenalan dan blogger sekalian. Harap semua bergembira di hari yang mulia ni. Ok. Start journey hari raya aku....

6.30 Pagi..
---Usai solat subuh, mata aku berat je. Macam ada bata je atas mata aku. Haha. Aku berfikir, nak tido atau nak pergi bersiap untuk solat raya. Argh!! Mengantuknya!!! Akhirnya aku tak dapat nak menahan nafsu tidurku.. Rebahlah badan ku atas katil yang empuk tu. Haha. Bukan aku yang salah taw. Tilam tu syok sgt dan memanggil-manggil aku. Aku dah nak pergi bersiap. Tapi tilam best je, aku pun tidur lah,, hehe.

7.45 Pagi..
--- "adik, bangun," mak aku dah panggil. Tapi aku masih bersenang lenang atas katil.
" Malasnya nak bangun,"ku bermonolog sendiri. Hehe.
Tapi aku gagahkan juga badan aku untuk bergerak ke bilik air. Mesti sejuk mandi kat kampung ni kan. Dahlah aku mandi kat bilik air kat dapur.. Malu den nak keluar. Perkara pertama yang perlu aku buat ialah gosok baju raya ku. WAh, cantiknya. (perasan je lebih). setelah berpanas-panas gosok baju dan tudung, aku terus sejukkan badan ku dengan air kolah. Huhu..
"sejuk-sejuk" menggigil badan aku. Pagi-pagi dah mandi air sejuk. Elok ke ek? Ntah lah. Yang penting badan aku slesa dan bertenaga balik. Tak ngantuk dah.. Time tuk pakai baju. Meh nak tunjuk baju apa yang aku pakai.
Baju ni baju lama. Haha. Bukan baju baru taw. Malas nak beli baju raya. Yang penting selesa dipakai. Baju ni aku baru pakai 2 kali sebelum ni. Masa raya di rumah dan raya di MRSM KT pada tahun 2009. Dulu pakai dengan tudung putih, tapi tudung putih aku tak ingat nak bawak balik. Terpaksa lah pakai dengan tudung itam. Haha. Agak lawak jugak lah. DAhlah baju ni jarang. Inner putih pun tak ada. Terpaksalah pakai baju t-shirt. AKu nampak berisi sikit. Haha. SApe suruh tak bawak balik baju. Kan dah tak betul jadinya. =.="

8.00 pagi..
--- "Malas nya nak pergi. Tidurlah kejap. Nanti bangun lah."hatiku berbisik.
Akhirnya aku terlelap.

8.45 pagi..
--- "adik, pergi solat tak ngan abang tadi?"
"Haha, Tak gi pun. Malas pulak. Lagipun abang pergi pun dah lewat. Orang lain mesti dah solat."
"itulah. Tadi orang suruh bersiap awal-awal, tak nak. Kalau tak, dah boleh pergi surau dengan mak."
"Tak apa lah. Hehe."

Akhirnya aku terlepas sembahyang raya. SApe suruh malas sangat nak bersiap awal. Kan dah terlepas. Tak Apalah. Moga next year aku dapat sembahyang raya. (moga panjang umo)

Mak, ayah, abang long, abang ngah, abang cik dan abang teh pergi sembelih lembu korban. Kak long(kak ipar) tak ikut sebab dia perlu jaga anaknya Naufal (2 tahun) kat umah. Aku?? AKu pun terpaksa terperap kat rumah. Kena layan tetamu lah katakan. Jadi aku tak boleh pergi mana-mana.

Nak buat apa lagi? Makan dan tonton tv lah jawabnya.. Aku breakfast apa ari ni? Hehe. Tadaa!

Laksa penang~~ hehe.. dengan teh o ais.. Mana aisnya? dah cair..

9.30 pagi..
--- jom3. Hehe. Jom kawan2, tolong aku buat sup tulang. Pandai ke? Tak ada lah. Aku just tolong tengok jer. Bukan malas nak tolong, cuma dah ramai sangat yang tolong. AKu cuma basuh-basuh pinggan,susun pinggan dan buat air. Sambil-sambil tu aku kena jaga Naufal(anak abg long) dan Danish (anak abg cik). Dua-dua pun comel. Macam mak sedara dia.. Haha (perasan).

1.30 petang..
---Jemput makan. Jangan jelez. Makanan dah siap dihidangkan. MAsa untuk makan. :) nak??
tengok gambar jelah ek. :p



Hah~~sory lah ye.Gambar ni di ambil after semua family aku dah makan. So, apa tunggu lagi? Ada lebih tu. Ambil lah.. (kalu boleh lah kan..)

Apa yang best raya aidiladha kali ni? Family aku bertambah ramai dan semua ada kat sini. Yeah! dan yang paling penting, menu utama raya kali ni, sup tulang + laksa penang.

Apa yang dikorbankan? Orang cakap hari raya aidiladha merupakan hari raya korban. So, sama-sama lah kita korbankan benda yang buruk dan serap benda yang baik-baik pula. apa korban aku untuk tahun ni?? AKu korbankan......

CINTA.. Yap,, aku korbankan cintaku demi famili dan agamaku. Moga hidup aku dan si dia diberkati.. Dan kepada semua, sekali lagi aku ucapkan selamat ary raya aidiladha. Maaf andai ada yang terguris. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang mudah melakukan kesilapan. Maafkan aku.. (^.^)

3.11.11

Personal Biodata

Haha.. Teringat zaman kecik-kecik dulu. Suka sangat minta biodata. Apa tu biodata sebenarnya? Biodata ni merupakan satu pengenalan diri kita. Mr. Wikipedia cakap biodata ni sejenis fakta soalan mengenai kehidupan dan pengalaman kerja serta perkara yang melibatkan pendapat seseorang. So, nak dirumuskan kat sini, biodata tu tentang personaliti kita lah.

Dulu-dulu kan, aku tak tahu nak tulis apa bila kawan aku minta isi biodata dalam buku comel-comel dia. Biasanya pempuan lah yang suka sangat buat kerja-kerja macam ni. Tulis pasal diri sendiri then tanda tangan, then kaler-kaler (cat-cat bagi cantik).

Haha. Katanya nak buat kenangan.. Bila berpisah je, kalu dia teringat kat kita, dia tengok lah biodata kita. Haha. Budak-budak kan. Tapi masa tu memang budak-budak pun. Baru sekolah rendah.

Tapi kan entah ke mana lah agaknya buku biodata tu sekarang? Agaknya dah buang ke laut kot. Tak kan lah nak simpan lagi benda yang kebudak-budakan tu masa dah besar ni.. Kalau ada yang masih simpan tu, aku respect lah.. Maknanya orang tu sangat hargai persahabatan, Tapi berguna ke buku tu?. Masa jumpa kawan lama, mungkin ada yang dah berubah. mungkin waktu kecik-kecik dulu suka kaler hitam, sekarang dah suka kaler putih. Who knows rite? So, macam tak ada gunanya buat buku tu.. Tapi bila tengok buku tu balik, mesti sengih macam kerang busuk. Haha. Teringat balik memori lama. Memori time manis-manis dulu. Saat belum kenal lagi tanggungjawab. Hidup nak seronok ajer.

Nak buat biodata jugak lah.. Nak??? Haha.. Biodata ni rahsia tau. Kita-kita je tahu. Jangan tunjuk kat orang tau.. :p




Ok. Itu jer tentang diri aku.. Hehe.. Nak tahu lagi?? Be my friend.. and u will know a lot of things that interesting about me.. Selamat Berkenalan.. :)

1.11.11

Kerja Gila!

~~~ringtone phone champ berbunyi ~~~

"Hello.. wei, da bangun lum?? Solat subuh!!"
"yeyeyeye",aku jawab ala kadar jer. Malas nya nak bangun tido.

Usai mandi dan solat subuh, aku bersiap-siap nak ke intekma. Huhu.. Dengan keadaan yang mengantuk tu, aku tetap gagahkan diri.. Kalau diikutkan hati, aku nak sleep je atas katil aku yang dah lama memanggil-manggil hati aku. Argh!!! Tapi aku perlu kuatkan diri demi insan yang tersayang.. FIGHT ooooo OH! ;)

Tada! Dah siap. Dah nak pukul 8 pagi. Dah tiba masanya untuk aku dan miss N gerak ke bus stop. JOm!!!

"wei,nak sarapan tak? Lapar lah", perut aku dah berkeroncong ni.
"mm.. Boleh jugak. Tapi kafe bukak ker?", miss N bertanya.
"Jomlah tengok bukak ke tidak."
"Eh!! Bas!!", terkejut aku. Kuat betul suara miss N ni. Kami lupakan niat untuk sarapan terus kejar bas. Wah, marathon pagi-pagi. Penat2..

Kepenatan kami dibuatnya. Pagi-pagi dah berlari. Dengan selipar aku yang dah tak berapa nak berfungsi. Nak kena beli yang baru ni. Ok sekarang kami menuju ke seksyen 2 untuk sarapan..

Sampai jer seksyen 2,kami terus mencari roti canai tapi malangnya tak jumpa. :( so, we decide nak makan nasi lemak je.

"Cepatlah!! Dah tak sabar."
"iskh, sabar lah.. tak larinya H tu. ada kat situ jugak." itulah. Kalau dah rindu sangat, sesaat bagaikan satu jam. nak jumpa prince of tennis kan.. memang lah tak sabar.

Usai sarapan, kami terus berjalan kaki ke Intekma. Haa.. Aku pun dah tak berapa sure mana satu jalan menuju ke Intekma. AKu main redah ajelah. Ikut logik. Kalau jumpa, jumpa lah. Kalau tak jumpa, kita jalan lagi. Hahaha. Then tak sampai 15 minit berjalan, kami dah sampai ke destinasi cinta. Haha.. (tapi letih sob3) INTEKMA. Tanpa membuang waktu, kami terus mencari gerangan prince of tennis ni.

"Mana court tenis ni? Kata belakang dewan?", miss N dah tak sabar.
"Mana lah aku tahu, aku biasanya datang tak pernah pulak jumpa court tennis." walaupun dah 36o kami berjalan, tapi tak jumpa jugak court tu.. Nak tanya orang segan. Hehe. Itulah. Orang kata if tak tanya, sesat jalan. Kan betul. Sekarang dah sesat. setelah 10 minit berlalu mencari court tu, akhirnya kami jumpa signboard court tennis. Yeah!! bahagianya rasa.

"Aik, kenapa kosong jer court ni? Court nya ada tapi orang nya tak ada."
"Tanya lah H tu, dia ada kat mana"
"Malu lah"
"N.. Kita dah datang jauh-jauh ni, tanya jelah. Nak malu buat apa"
"Ok. Jap aku call.."

"Dia tak angkat lah."
"Maybe tengah training tennis kot. Tapi kat mana?" Setelaah aku berfikir sejenak..

"N.. dia cakap dia training kat mana?"
"Intec. kenapa? Tapi tak ada orang pun"
"Lah!! Intec bukan kat sini. Ini intekma bukan Intec.. Haha. Kita dah tersalah. Patutlah court tennis ni tak ada orang jer."
"Lah, yeker?" Haha. Abis tu macam mana ni?"
"Jom kita jalan ke seksyen 2 balik then naik bas U529 ke seksyen 17."
"Apa?? nak jalan balik ke seksyen 2? Jauh lah. Dahlah letih ni"
"Iskh kau ni. Nak jumpa H ke tak? Kata rindu."
"Nak tu memang nak. Tapi jomlah kita tumpang kereta orang"
"Pergilah cari orang yang boleh tumpangkan"

Setelah penat menebalkan muka minta ditumpangkan, akhirnya ada juga yang sudi hantar kami ke seksyen 2. Sampai je kat seksyen 2, kami menunggu bas U529. Tapi macam lambat sangat lah pula.

"Jom amik teksi"
"Ok.. APa2 jelah demi yang tersayang. Prince of tennis kan."

Kami terpaksa melintas untuk dapatkan teksi seberang sana. Sampai je di seberang, kami ternampak bas mini yang bergerak ke seksyen 17. Haa. Tanpa membuang masa, kami terus naik bas mini tu., Dalam kepenatan mengejar bas, kami tersenyum sendiri dalam bas mini tu. Kerja gila betul... Tapi tak apa. Semata-mata nak jumpa prince of tennis, kami redahkan juga.. Haha

Tibanya di INTEC, kami ditegur oleh pak guard kat sana..

"student ke?"
"ya"
"tahu kan ari ni kena berpakaian formal kan. Sebagai student UiTM, kenalah ikut peraturan. Student card mana?"
"Ada"
"Kali ni saya lepaskan kamu berdua. Lain kali jangan buat. Gantung kad matrik"
"ok"

Kami berlalu dan mencari di mana MR H yang di cari-cari tu.. Sebenarnya kami datang ke Intec semata-mata nak jumpa MR H, iaitu special frend Miss N. Alahai.. apa lah.. Dengan aku sekali terlibat dalam kerja gila ni, Nak buat suprise, tapi takjadi. Haha.. Akhirnya dapatlah Miss N melepaskan rindu yang terpendam setelah bersusah payah datang ke INTEC.

24.10.11

saya boring!

Kalau boring,nak buat apa?? bermanja ngan orang?? haha.. Tak boleh.. Abis tu nak buat apa?? kita main lah blog! Blog boleh main ker?? eh salah2.. bukan main blog. tapi updating blog.. Blogwalking, facebooking, twittering, myspacing.. hhaha..

Ni namanya tahap boring tahap gaban! Jap!. Aku ni tak ada omwork ker? Dah siap assignment.. Huhu.. Belum. Tapi aku malas nak buat.. TOLONG Nasihat aku. haha.. Aku ni memang pemalas lah..


2.10.11

Berdebar rasanya.. Dup dap dup dap.. argh!!! TAk sabar lah pulak.. Apa dah jadi ngan aku ni???

30.8.11

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua kenalan.. selamat hari raya.. MAaf andai tersilap apa2 yg mengguris hati.. HArap anda semua sudi maafkn insan yang lemah Ini.. :(

11.8.11

Kerja lalala kerja..

HAha.. Susah jugak jadi student part 4 ni. Student last sem pulak. Hope i can graduate this year.. Yeye.. Wish me all the best k. Kerja yang bertimbun membuatkan aku tak mampu tido dengan lena.. Kalau buat dekk jer.. gerenti result aku pun down.. OOOhhh tolonglah daku.. right now i'm still in front of my latop to finish my asignment,. Huhu.

3.8.11

Marah!!!

Orang cakap tak elok marah time puasa ni. Jadi aku sabar dan terus sabar.. Tapi sabar pun ada tahapnya jugak. Aku bukan nak marah sangat.. Bukan tak nak bagi komitmen,. But please understand me. I have to do my omwork, assignment and so on. one more thing, aku dah tak boleh tido lewat sangat bulan puasa ni. Badan aku lemah.. Ada penyakit ker?? Hahaha.. Agaknya lah kot.. But please.. i can give commitment if i want. But i cannot force myself.. If dulu pun kami tak bagi pelajar part 4 pegang setiausaha dan bendahari sekaligus. Tahu.. Ya.. Aku tahu kita tak cukup anggota,. Tapi apa salahnya asingkan jawatan bendahari dan setiausaha tu.. Bukan aku tak nak tapi aku tak boleh...

Neww And Old!!

Hahaha.. Apa yang baru dan apa yang lama tu?? Hehe.. Sebenarnya tadi aku pergi jalan-jalan dengan Anas. Akhirnya Samsung Champ tu aku berjaya miliki.. Hehehe.. Bestnya.. Tadi aku beli key-chain jugak tuk fon aku tu.. Aku takut fon aku lari.. Jadi aku kena ikat dia,.. Aku tak mau ilang fon tu.. Sayang sangat kat fon tu.. Tak tahu nape.. Dah tak betul kot...

DAn apa yang lama??? Aku masih lagi pakai nombor lama aku tu.. Nombor kesayangan aku.. Hehe.. o14519xxxx yeah!!! dapat balik nombor tu.. Suka2.. Right Now aku guna dua fon lah.. Dua-dua fon tu fon kesayangan.. Nombor pulak?? Dua-dua celcom.. Huahauuahua.. nombor 011 tu ada maksud tersendiri, nombor 0145 tu pulak nombor glamour aku.. hehehe..

So, if feel free, contact me k.. :)

28.7.11

Selamat Pagi

Tips pagi ini..

1.Mulakan hari anda dengan memaafkan semua orang. Moga hati kita lebih tenang apabila menjalani kehidupan seharian.

2. Senyumlah pada diri sendiri.. Kerana senyum mampu menceriakan hidup anda..

3. Catat semua perkara yang perlu dibuat hari ini.. Jangan tulis jer.. Tapi kena lah laksanakan..

Moga hidup anda lebih indah hari ini.. :)

17.7.11

my favourite song

MISS YOU

I can't sleep,
I just can't breathe,
when your shadow is all over me, baby.
Don't wanna be a fool in your eyes,
'Cause what we had was built on lies.

And when our love seems to fade away,
Listen to me - hear what I say...

I don't wanna feel the way that I do,
I just wanna be right here with you,
I don't wanna see, see us apart,
I just wanna say it straight from my heart:
I miss you...

What would it take for you to see?
To make you understand,
that I'll always believe (always believe)
You and I can make it through,
And I still know I can't get over you.

'Cause when our love seems to fade away,
Listen to me - hear what I say...

I don't wanna feel the way that I do,
I just wanna be right here with you,
I don't wanna see, see us apart (see us apart)
I just wanna say it straight from my heart:
oh, baby I miss you, I do...

'Cause when our love always fades away,
Listen to me - hear what I say...

I don't wanna feel the way that I do,
I just wanna be right here with you,
I don't wanna see, see us apart, (oh no, see us apart)
I just wanna say it straight from my heart:
I miss you, I miss you, I do...

I don't wanna feel the way that I do (the way that I do)
I just wanna be (just wanna be) right here with you (right here with you)
I don't wanna see (don't wanna see) see us apart (see us apart, oh, baby)
I just wanna say it straight from my heart:
oh baby I miss you, I do...

FriEnds

Bukak facebook teringat kawan-kawan lama.. i miss them.. Seriously.. i really miss them.. Banyak benda yang dah jadi.. Adakah semua tu salah aku?? Mungkin.. if itu salah aku.. aku minta maaf.. Ramai orang yang datang n pergi dalam idup aku nie. Tapi aku takkan lupakan orang yang pernah memberi makna padaku.

Sekarang mereka dah bahagia dengan kehidupan mereka. Baguslah. Andai pemergian aku memberikan kebahagian pada mereka, aku rela pergi. Pergi jauh tinggalkan diorang..

10.5.11

Rules Bercinta..

Suami isteri semua!!!
Mesti Baca!!

9 Rules Bercinta..

Semua yang kita lakukn haruslh brpndukn

peraturan..

Barulah Bahagia,.


Bercinta pun ada rules?
Hehe

Jangan terkejut..

Nak tahu apa rules nya??


1. Sayangilah si dia
dengan hati bukan dengan perasaan..
macam mana tu???

Tanya pada hati kamu..

Apa yang jdi asas dlm hubungan

antara kamu dan dia?

Jika kamu letakkan sesuatu perhubungan ini

berdasarkan perasaan,

tak mustahil lambat laun

ianya akan gagal kerana

perasaan seseorang sering berubah..

TAPI

jika kamu letakkan hubungan kamu

berdasarkan hati,

dari situ lahirnya cinta dan sayang

yg kekal abadi..


2. Terima dia seadanya

Sentiasa dia org yg pling istimewa..

Wah, perlu ke?

hahaha..

Bukan macam tu..

Yang penting biarkan dia jadi dirinya yg sebenar

dan terima kelemahan yg dia ada

lagipun smua ada kelemahan masing2 kan


3.Hargai pengorbanan

So, renungkan lah pengorbanan dia

Tak mustahil dengan kelebihan dia

dia boleh dapatkan org lain

tapi dia tetap memilih kamu

jadi, jangan sesekali

cuba untuk permainkan

keluhuran cintanya itu.


4. Hormati pendirian

Jangan rayu tuk dapatkan cinta dia

Jangan over wlaupun kamu sgt cintakan dia

sehingga mendesaknya

sebaliknya biarkan dia buat keputusan sendiri

dan hormat keputusan tersebut

"jika kita sukakan seseorang,

merdekakan lah dia seperti burung.

Andai dikurung di dalam sangkar.

Burung itu akan lemas

tapi jika dilepaskan

nescaya brung itu akan datang pada tuannya

tepat pada waktu nya"


5.Yakin pada keistimewaan dia

Percaya bahwa setiap ada kelebihan masing2

Tapi ingat jangan menghrapkan

kesempurnaan dari dia


6.Elak bersangka buruk

Langkah paling bijak

letakkan diri kamu dahulu

ke tempatnya sebelum

mencurigai sesuatu


7.Sayanginya setiap hari

jangan berjanji tuk menyayanginya,

hari ini, esok dan selamanya..

Tapi berjnjilah kamu akan menyayanginya

hari ini dan anggaplah itu hari terakhir tuk berdua

nescaya kamu akan berikan kasih sayang yang terbaik

setiap hari.


8.usaha capai kesefahaman

Fahami si dia.

Pupuk kefahaman antara kamu dan si dia

Jangan pentingkan diri sendiri saja


9. Jangan berbangga diri

Rendahkan ego anda.

Jangan terlampau bangga dengan apa yang kamu ada

kerana itu membuatkan dia

menyampah


Itu saja tips dari saya..
Renung-renungkan dan selamat beramal