Blogger Layouts

16.11.10

I-City


Seronoknya I-City. Teringat memori lama. Orang yang melawat i-City pasti akan terpegun dengan kecantikan dan keunikan cahaya lampu yang begitu gemerlapan. Rugi rasanya seseiapa yang tak dapat pergi. Aku dapat rasakan aku bagaikan berada di luar negara.

Di sebalik kecantikan lampu-lampu i-city, adanya keindahan memori. Andai diberikan emas permata sebagai tukaran, aku sanggup memilih untuk menyimpan memori ini. Memori seorang perempuan yang begitu menjaga auratnya, begitu menjaga agamanya dan sangat mementingkan tuhannya.Di situ gadis tu belajar mengawal nafsu dan mengalahkan hasutan syaitan durjana.

Bukan kecantikan lampu yang ku lihat tapi keindahan nikmat Allah. Dalam gemerlapan cahaya lampu, ku lihat keindahan malam yang cukup menyentuh hati. Kita tak sedar bila hasutan syaitan akan menjelma. Syaitan sentiasa ada di sekeliling kita. Dan ingatlah wahai umat Islam sekalian, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, sesungguhnya bukan mereka berdua sahaja berada di situ tapi syaitan ada di sekelilingnya untuk menghasut umat Nabi Muhammad.



Di sini juga kenangan indah bersama rakan-rakan tak dapat ku lupakan. Aku ingin pertahankan persahabatan ini sampai bila-bila. Aku masih ingat apa yang kawanku selalu ungkap "Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend". i-city bagiku bukan sahaja kegemerlapan cahaya lampu tapi juga seribu keindahan memori yang akan tersemat di akal fikiran.

No comments: