Blogger Layouts

17.11.10

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan pada semua. Kepada sanak saudara yang kini berada di perantauan, jangan sedih-sedih. Pada sesiapa yang tak dapat nak balik beraya ke umah, jangan risau ye. Suruh lah orang lain poskan molekul-molekul suasana hari raya. Hehe.

Sebut Hari Raya Aidiladha ni, pasti banyak mesej raya kan. Ni contoh mesej yang biasa ku dapat di saat takbir raya berkumandang.

"Hidup ini indah jika segala kerana Allah, Satukan tangan satukan hati..Itulah indahnya silaturrahim. Di hari kemenangan kita padukan keikhlasan untuk saling memberikan sedekah korban.. Selamat Hari Raya"

"Pejam celik pejam celik dah nak ujung tahun.Pejam celik pejam celik dah nak raya. Makin pejam celik,makin banyak salah dan dosa. Sementara masih celik, aku memohon seribu kemaafan. Selamat Hari Raya"

"Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah Aidilfitri kerana kemaafan, indah Aidiladha kerana pengorbanan.. SHRA"

Haa... Jangan lupa jemput ye kalau buat makan-makan tu. Nak jugak merasa.. Hehe

No comments: