Blogger Layouts

16.11.10

Memekak Aje!!!

Hehe. Aku teringat kenangan bersama housmate ku. Aku kena marah sebab asyik memekak je pasang lagu. Tapi hari ni tiada siapa pun yang nak marah. Hehe. Esok hari raya Haji. Tapi aku langsung tak terasa seperti nak beraya. Rumah ni sunyi sepi. Tiada gelak ketawa. Tiada jeritan. Mana keriuhan dan kemeriahan raya seperti tahun sebelumnya. Mungkin keadaan yang menjadikan rumah ini sebegini.

Abang Sulongku kini berada di Rusia. Jarang sekali balik ke Malaysia. Masa Hari Raya Aidilfitri pun dia beraya di perantauan. Hanya sempat beronline saja. Suasana raya atas platform berbeza kerana tak dapat nak ziarah-menziarahi, tak dapat nak bersalam ngan keluarga dan tak dapat nak bagi duit raya kat aku. Betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib tak dapat duit raya.

Angah tetap balik sebab dia menguruskan syarikatnya sendiri. Jadi ikut suka hati dia lah nak ambil cuti seberapa lama pun. Kalaulah aku ada syarikat sendiri (da start berangan lah pulak). Dengan adanya Angah, rayaku tak lah sunyi sgt. Lagipun Angah ni sgt lawak. Selalu saja lawak bodohnya keluar.

Acik terpaksa bekerja. Pada mulanya dia kerja sebagai designer tapi bila dah berbini, dia mengambil keputusan untuk jadi inspektor. Hehe. Katanya anak bini terjamin masa depan. Bagusnya abang aku ni sorang.

Abang bongsu pulak da start kerja tahun ni. Mungkin dia dapat, mungkin tak. Biasanya orang makan gaji ni susah nak dapat cuti. Aku selalu je kena marah ngan abang aku ni sorang. Selalu je gaduh. Tapi dia sangat ambil berat pasal diri aku..

OOhh.. Bahagianya ramai abang. Tapi di manakah mereka berada kini?? TAK MAHU BALIK KE HAH????

No comments: