Blogger Layouts

18.11.10

1.4.3.F

Pada mulanya aku melangkah ke universiti ini sebagai insan biasa, insan yang tidak kenal apa itu persahabatan, insan yang bencikan populariti, insan yang bencikan lelaki dan insan yang bergelar Hafizah The Rocker,PJ... Namun, semua ini berubah apabila aku mula melibatkan diri dalam organisasi atas inspirasi seseorang. Aku belajar susahnya berorganisasi di U ini. Dalam aku tidak sedar, rupanya aku turut melangkah ke dunia konflik. Aku ingat ini hanyalah mainan biasa. Tapi bila ia melibatkan hati, derita mula menyerang. Aku tidak pinta untuk menyayangi seseorang.

Bukan pintaku untuk terlibat dalam dunia konflik ini. Aku keliru yang mana aota yang mana fakta. Pelbagai persoalan yang bermain di gawang pemikiranku. Namun tak ku temui jawapannya. Adakah aku hanya boneka di waktu susah dan boring? Adakah aku berpihak pada kebenaran atau kepalsuan? Berbaloikah aku pertahankan seseorang yang ku sayang? Berbaloikah aku kehilangan rakan-rakanku demi si dia? Adakah si dia akan berada di sisi ku tika aku dalam kesusahan? Adakah sayangnya terhadapku sama seperti sayangnya aku padanya? Sukarnya menyayangi seseorang. Andai si dia sakit, aku turut merasa sakit. Andai dia sedih, hatiku turut pedih. Tapi adakah berbaloi apa yang ku rasa ini untuk seseorang tak mungkin akan berada di sisiku sepanjang masa?


Sudah penat aku berfikir. Aku keliru. Andai aku igin pertahankan si dia, aku perlu kehilangan ramai kawan yang ku sayang. Andai aku berada di sisinya, aku perlu korbankan rasa kasih pada Mr. Gentleman ku. Kuatnya kasih seorang sahabat. Tapi berbaloikah semua ini? Semakin lama aku fikirkan perkara ini, semakin perit hatiku ini. Kenapa aku harus memilih? Kenapa aku harus terlibat dengan semua ini? Kenapa aku??

Bila di saat yang sukar ini aku mencari cahaya. Dan aku tahu ALLAH sentiasa berada di sampingku. Aku berdoa agar hatiku ditenangkan. Makin lama aku terkandas dalam dilema ini,makin penat ku berfikir. Aku diberikan ketabahan. Aku bersyukur kerana aku mampu bertahan dalam mengharungi cabaran.

Dan aku telah mengambil keputusan untuk pertahankan persahabatan di antara aku dan si dia. Mungkin semua ini tidak berbaloi bagiku. Mungkin suatu hari nanti aku akan ditinggalkan selepas si dia dapat apa yang dimahukan. Mungkin aku tidak dihargai. Mungkin si dia tidak akan berada di sisi ku tika aku sedih dan sunyi. Mungkin juga dia akan melupakan perihal ku. Mungkin aku akan diherdik dan dikeji selepas apa yang berlaku. Mungkin pada masa akan datang tiada siapa yang akan berada di sisiku lagi. Namun aku pasti aku tetap ada ALLAH.

Andai si dia membaca nota ini. Ingin ku ungkapkan betapa aku sayangkan kau. Higher than the sky above, deeper than the sun, stronger than the winter winds, blowing through the trees, richer than the honey's taste, sweeter than the dew, greater than the reach of time, This is my love for u. And remember that friendship that flows from the heart cannot be frozen by adversity, as the water that flows from the spring cannot congeal in winter.


Aku harap kau akan berada di sisiku di saat aku perlukan seseorang. Aku harap kau takkan tinggalkan aku setelah dapat yang kau mahukan. Jangan jadikan aku ini hanya boneka mainan. Aku juga punya perasaan. Mungkin kau tertanya-tanya mengapa aku masih pertahankan kau walaupun aku akan kehilangan kawan yang ku sayang. Aku tahu ada kemungkinan kau akan lupakan aku begitu sahaja. Tapi ingat aku melakukan semua ini kerana aku hargai persahabatan ini. Walaupun seketika, kau telah banyak merubah persepsi aku. Walaupun sementara, aku hargai saat bahagia di sampingmu.


Mungkin dulu aku tertanya-tanya berbaloikah aku buat semua ini untuk orang yang tak pernah fikirkan aku. Tapi sekarang aku tak kisah. Andai kau tak pernah fikirkan aku, apa yang penting adalah kau bahagia di samping yang tersayang. Bagiku walau apapun yang akan berlaku pada masa hadapan itu tak penting, yang penting aku cuba yang terbaik dalam membuat sesuatu perkara termasuk membuat kau bahagia. Aku ingat lagi pesanan salah satu rakanku, "Jangan harapkan sesuatu daripada apa yang kau lakukan, yang penting adalah ketelusan hati dan kesungguhan kita dalam melakukan apa jua perkara"


The love of my life is the love between friends and remember 1.4.3.F (i love u friend)

No comments: