Blogger Layouts

21.9.10

Problem????

Setiap orang ada masalah tersendiri. Hanya orang gila jer yg tak ada masalah.. Sebagai manusia biasa, pelbagai masalah yg membelenggu hidup kita. Kadang-kadang bukan satu atau dua masalah yg timbul bahkan bertimbun-timbun sampaikan pecah kepala nie nak fikir. Tapi sebanyak mana pun masalah yg kita hadapi itu tak penting. Yg penting adalah bagaimana cara kita mengatasi masalah tersebut.

Kata kunci bagi menyelesaikan gelora-gelora tersebut adalah sabar. Sabar merupakan aset yg paling penting yg perlu ada dalam setiap individu..
Bagaimana mahu sabar jika masalah tu sudah sampai klimaksnya?? Bukan senang untuk kita pahatkan kesabaran dalam diri seseorang . Jadi kita perlu tanamkan sifat sabar dalam diri kita agar bila masalah yg besar timbul & amat sukar diatasi, kita tetap akan sabar menghadapinya. Ingatlah wahai saudara & saudari bahawa setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnya. Jadi kita harus harunginya dengan sabar & tabah.

Masalah oh masalah!!! Sememangnya bila sebut sahaja masalah pasti semua org akan tertekan. Jangan macam tu.. Walaupun sebesar mana sekalipun masalah yg kita terpaksa hadapi, senyumlah & berkata “pasti ada hikmah atas apa yg berlaku pada hari ini..Moga hari esok lebih baik daripada hari ini.” Sesungguhnya senyuman itu satu sedekah. Apabila bibir melontarkan senyuman, pasti hati kita jua pasti akan tersenyum sama walaupun dalamnya begitu pahit tapi ingatlah senyuman juga mampu mengurangkan kesakitan yg dilalui. Jadi senyumlah selalu..

No comments: