Blogger Layouts

22.9.10

Definisi Cinta

Cinta?? Bila kita sebut cinta, sesetengah orang akan terbayangkan kebahagian tapi ada juga yg mengambarkannya kesedihan. Apa itu cinta?? Para cendekiawan sendiri tak dapat untuk menerangkan apa itu erti cinta yg sebenarnya. Tiada satu pun perkataan yg dapat merungkai erti cinta..

Cinta

Cinta terdapat di mana-mana. Cinta bukan sahaja kepada kekasih malah setiap perhubungan yg dijalinkan akan memupuk rasa cinta dalam diri kita.. Betul ker?? Cinta merupakan sesuatu yg sangat subjektif.. Kenapa??

Ada sesetengah orang mengatakan bahawa cinta itu suci, cinta itu buta, cinta itu kesakitan & macam-macam lagi. Tapi betul ker apa m
ereka katakan?? Sememangnya ada benarnya apa yg mereka katakan. Ini kerana cinta merangkumi semua aspek. Apabila kita mula belajar subjek cinta, kita akan belajar apa itu kebahagian disayangi, keindahan memori bersama, kenakalan hati bermanja, kerinduan yg mendalam, mata dikaburi kasih sayang (sampaikan kentut pun dikatakan wangi), malam yg dihiasi mimpi indah & minda dibayangi wajah si dia. Tapi kita juga akan belajar apa itu kesakitan ditinggalkan, kecemburuan yg memakan jiwa, kesengsaraan melupakan & kesedihan yg membelenggu jiwa. Jadi benarlah andai ada yg berkata cinta itu sakit, cinta itu bisa membutakan & cinta itu bahagia.

Andai ingin diterangkan maksud sebenar cinta, sememangnya kita tak akan jumpa apa maksud tersiratnya. Namun kita tahu apa yg kita akan lalui apabila mengenal cinta & menjadikan cinta sebahagian hidup kita. .

No comments: