Blogger Layouts

12.1.17

#THROWBACK 2016 PART 2

Sambungan #Throwback 2016 Part 1

Mac: Permulaan Sebagai Pelajar Sarjana Perakaunan Sepenuh Masa

Pada mulanya aku risau sebab aku seperti pelajar baru.  Sebab yang pertama, fakulti perakaunan dah berpindah ke tempat baru, dan sebab yang kedua, aku tiada kawan yang sama semester dan sama course dengan aku. Memandangkan sebelum ini aku sempat ambil dua subjek sahaja, aku tinggal lagi 10 subjek dan satu dissertation. Aku juga terpaksa join part 1 sebab subjek yang aku belum ambil adalah subjek untuk part 1 bagi full time student.

11.1.17

#THROWBACK 2016 PART 1

Dah lama tak update blog aku ni. Hampir terlupa yang aku pernah ada blog. Hahaha. Dulu dan kini sudah banyak yang berubah. Kawan-kawan aku pun dah ikut haluan masing-masing. Ada yang dah berkerjaya, ada yang sambung belajar, ada yang sudah berkeluarga dan ada yang masih mencari kerja. Dan aku pula, masih lagi melanjutkan pelajaran aku dalam sarjana perakaunan. Cuma bezanya pada awal permulaan 2016, aku tukar mode study daripada part time belajar kepada full time kerana aku nak cepat-cepat habiskan sarjana aku dan sambung kerja pula. Ok jom recap apa yang aku dah buat sepanjang 2016.

1.1.17

Happy New Year

Happy New Year!! Dah masuk tahun baru, tahun 2017. Jadi dah bertambah satu lagi angka usia aku. Tak sangka begitu pantas masa berlalu. Tahun baru, azam pun mestilah kena baru. Jadi azam baru untuk tahun 2017 adalah... jeng jeng jeng.. rahsia. hahaha. 

Untuk semua, harap tahun baru ni memberi lebih makna dan semua hajat tercapai. SELAMAT TAHUN BARU :)

26.8.15

Sapu habuk

Dah lama tak singgah di blog ni.. Dah hilang semua bakat2 menulis (pernah ada ke?).  Huhu.

Jadi saya datang nak sapu habuk dan sarang labah2 yg dah banyak kat sini.

so, just a few updates from me.

1. i am now at shah alam doing master in accountancy part time. so the class will be on saturday and sunday only.
2. i am working at shah alam as account and admin assistant.
3. i am still single and waiting for my mr. right.

ok. That's all for now. see u guys later. 

16.8.14

And so the new adventure begins...

Cewah! Bukan main mat salleh tajuk entry kali ni. Hihi. Dah lama menyepi. Dah berhabuk blog ni.

Result UiTM dah keluar.. Hoyee.. Debaran menunggu result kali ni berbeza dengan sem2 yang lain memandangkan semester ni merupakan semester terakhir. Harapan untuk result kali ni tak tinggi sangat sebab aku rasa tak perform sangat masa jawab exam. Banyak yang tak boleh jawab daripada yang boleh. Cuma berharap lulus semuanya dan tak perlu repeat paper.

22.6.14

Mini Reunion Fast Trackers Diploma

Ada yang dah lama tak jumpa, ada yang sentiasa berada di sisi, dan ada yang terserempak tapi tak sempat nak tegur. Jadi, mini reunion fast trackers diploma diadakan khas untuk kami enjoy2 and have fun together. I love u oollss. Muah Muah Muah.. Hope u guys still keep in touch after grad and all the best for ur future. Siapa2 kahwin, jangan lupa jemput. Thanks for coming. Maaf dari saya kalau rumah kami serba kekurangan. dan terimas pada sesiapa yang menyumbang. Kerana anda semua, potluck ni berhasil.

Rumahkitekite sedang sibuk memasak.... 


Sedapnya buah-buah ni.. segar dari ladang.. hahahaha

Sebahagian makanan dah dihidang. bihun goreng, dadih, cocktail, ayam kfc


19.6.14

wishlist 2014

hmm.. biasanya orang buat wishlist awal tahun, tapi sekarang baru nak buat wishlist. hihi.

so, apa wishlist aku tahun ni??

1. graduate tahun ni..
    Harap aku dapat graduate tahun ni tanpa ada kertas yang gagal. Dan harapnya dapat grad dengan first class, tapi macam harapan tinggal harapan je sebab cgpa skrg pun tak lepas 3.20 keatas. hmm. Kalau lah dapat 4.00 flat kan sem last ni. hahahahahaha.. :'(

8.5.14

Kenangan

Hahahaha. Tergelak bila aku baca balik semua draft blog aku. Banyak rupanya entri yang aku tulis tapi tak ter post. haha. Ada jugak yang dah post tapi dibuat draft balik sebab berkaitan dengan someone. Bila aku baca balik, aku tersenyum sendiri. Macam-macam rupanya yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira juga sedih. Yang pasti, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..